SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

BAJET 2022 & RMK12 PELUANG TERBAIK UNTUK PERUBAHAN RADIKAL

SWA TV by SWA TV
September 26, 2021
in Info@swatv
Reading Time: 5 mins read
A A
0
FOTO IHSAN - The Leaders Online

FOTO IHSAN - The Leaders Online

44
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BAJET 2022 & RMK12 PELUANG TERBAIK UNTUK PERUBAHAN RADIKAL

 

Disebalik keprihatinan yang telah ditunjukan di media sosial oleh kebanyakan pemimpin ia tidak dapat menafikan juga bahawa  rangsangan atau bantuan ekonomi yang ada kurang berkesan serta tidak mencukupi (PSU,GKP,BPR) walaupun  dana yang diberikan berjumlah ratusan billion,  dimana lebih dari 100 billion di ambil dari dana KWSP dan moratorium . Malah GKP 4.0 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menunjukan kerajaan sedar dengan hal ini.

 

Walau apa pun kita tidak boleh berputus asa dan mesti meneruskan kehidupan. Kita mesti meletakkan harapan dan terus berharap bahawa Kerajaan hari ini yang telah mendapat sokongan daripada DYAM YDPA dan seterusnya diabsahkan di Parlimen, dengan sepenuh kuasanya dapat menumpukan seluruh usaha dan tenaga pada 7 fokus yang amat penting, ia harus terbahagi kepada 2 jenis tindakan penting iaitu tindakan  jangka pendek dan jangka panjang dan ini juga bakal menentukan bukan sahaja apa yang akan berlaku dalam 6 bulan akan datang tetapi juga menentukan apa objektif  Belanjawan 2022 , mengambil aspirasi RMK12, termasuk kesinambungan reformasi ekonomi untuk RMK13 supaya semua selari dengan intipati Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 :

 

A. Bantuan Khas & Penyelamat Covid-19 (6-18 bulan)

Ini mesti merangkumi 6 hingga 18 bulan subsidi gaji  dan Dana pusingan khas untuk PMKS (Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana)  dengan pemindahan tunai lebih banyak untuk B20 ditambah dengan strategi percukaian baru.

 

B. Strategi FDI baru 

Terdapat terlalu banyak kebergantungan pada FDI berdasarkan eksport ketika kita harus mempromosikan dan memberi insentif kepada Pelaburan Domestik Langsung. Kita perlu memastikan yang kita mendapat pelaburan asing yang tidak hanya mahukan tenaga kerja murah dari tenaga kerja bukan rakyat Malaysia.

Pelaburan Asing baru bukan hanya untuk menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi, tetapi juga membuka peluang besar bagi PMKS, modal insan dan juga sumbersumber yang lain.

Prasyarat yang terperinci mesti merangkumi pemindahan teknologi sebenar dan mencipta pekerjaan yang bermakna bagi rakyat Malaysia. Malah yang paling penting, Kerajaan mesti menunda dan mengabaikan ratifikasi CPTPP & RCEP dan menumpukan perhatian pada perdagangan dua hala dengan semua ekonomi utama.

Secara logiknya kita memerlukan lebih banyak proteksionisme sebagai sebahagian daripada langkah-langkah dasar selepas covid-19 dan keduanya mungkin dapat memberi kesan kepada kempen “Buy Malaysia first”.

 

C. Strategi Upah & Jaminan Pekerjaan

Kerajaan perlu meneliti cadangan Jaminan Pekerjaan dan tidak menangguhkan kenaikan gaji minimum & upah, Sudah tiba waktunya untuk kita mengerakkan kesatuan untuk memastikan rundingan gaji antara pekerja dan majikan lebih bermakna.

Sudah tiba masanya untuk memberi insentif atau menghukum syarikat yang tidak mengikuti nisbah keuntungan korporat dan Gaji Pekerja yang lebih adil.

 

D. Strategi Percukaian

Kita tidak boleh TIDAK mengenakan Cukai Durian Runtuh bagi Syarikat Perbankan dan Syarikat Industri sarung tangan yang mendapat banyak keuntungan dari wabak ini seperti yang telah dilaksankan sebelum ini kepada Syarikat Perusahaan Kelapa Sawit.  

Mengapa tidak memperkenalkan semula GST pada kadar 1% bermula tahun 2022 sebelum menaikkannya pada tahun 2023? Mungkin boleh memperkenalkan Cukai Kekayaan & Cukai Warisan untuk mempromosikan Pelaburan Domestik Langsung.

Kita harus Memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal pada kadar 1% tetapi kurangkan Cukai Korporat untuk PKS untuk tahun 2022. Ini akan membolehkan kita menganalisis dengan lebih baik keperluan Percukaian kita dan siapa yang harus dikenakan cukai pada tahun 2023.

Selain itu cadangan untuk meningkatkan kadar Cukai pendapatan peribadi untuk 5% golongan T-20 terkaya di Malaysia wajar dipertimbangkan.

 

E. Pekerja Asing

Ini adalah masa terbaik untuk membuat keputusan berkenaan pekera asing, Kerajaan mesti membuat pendirian dasar yang jelas dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam 2 tahun yang merangkumi pemberian pemutihan kepada semua pekerja asing tanpa izin untuk melengkapkan keperluan ekonomi semasa ketika ini.

Kerajaan tidak boleh membawa lebih ramai pekerja asing atau meningkatkan kos levi untuk mengimport pekerja asing di saat dan ketika jutaan rakyat hilang pekerjaan.

 

F. Dasar Kewangan

Dengan keuntungan sebelum cukai yang mencecah berbilion-bilion Ringgit untuk kebanyakan bank Komersil dan pendirian Bank Negara yang enggan untuk berfikir di luar buku teks ekonomi klasik, mungkin sudah waktunya untuk memperkenalkan Perbankan Awam & Perbankan Komuniti yang tidak berlandaskan riba. Amat malang apabila Bank Traditional kita lebih memberi tumpuan untuk memperoleh keuntungan besar ketika krisis ini. Cadangan yang wajar dikaji adalah Perbankan Awam.

Perbankan Awam akan mengambil alih fungsi pemberi hutang daripada Bank Kormersial sekaligus mengawal penghasilan kredit dalam pasaran. Menaiktaraf wang fiat kita menjadi wang berdaulat yang bersandarkan pada komoditi akan menghasilkan kestabilan kewangan.

Malah kita juga harap Kerajaan boleh mempertimbangkan Pelupusan Hutang untuk jumlah faedah yang terkumpul daripada semua pinjaman isi rumah seperti yang dilakukan di negara Jerman pada masa lalu selepas Perang Dunia Kedua.

Mungkin sudah tiba waktunya polisi ini termasuk perubahan dasar Monetari diutamakan untuk mencapai kesan pengganda ekonomi sebenar dan bukan sekadar menjaga institusi kewangan swasta, atau pengikitirafan “rating agency” lebih tinggi dengan mengorbankan Rakyat dan kemampuan kita untuk pulih.

 

 

G. Polisi Pembangunan Bumiputera yang lebih baik

Sebagaimana mana yang dicadang Dr Lee Hwok Aun, sudah tiba masa kita memberi perhatian yang lebih luas polisi berasaskan identiti yang merangkumi Bumiputera, Wanita dan sebagainya daripada melayan pihak yang ingin memansuhkan dasar yang berasaskan kaum atau bangsa, Kenapa perlu kita apologetik dan berdebat? Sebaiknya semua perlu menerima dasar yang ada dan bekerja untuk memastikan ia berkesan, dan bukan yang terpengaruh dengan desakan supaya dasar berasaskan keperluan (need based) menggantikan dasar berdasarkan tindakan afirmatif bersasar kepada mana mana kumpulan.(rujukan dari :https://fulcrum.sg/transforming–malaysias–elephant–inthe–room–conflict–consensus–or–cop–out/)

Ketika ini kita sedang bekerjasama erat dengan semua pemegang taruh ekonomi di dalam kerajaan dan masyarakat untuk memastikan beberapa idea ini dapat dipertimbangkan secara serius.

Dalam setiap krisis, peluang juga akan tiba, Kami berharap Kerajaan tidak mensiakan peluang pada masa ini untuk melaksanakan “reset” pada beberapa keadaan ekonomi secara radikal untuk memberi manfaat kepada Rakyat termasuk Bumiputera. Kita tidak mampu lagi untuk mengharungi perkara yang sama lagi, menyamar sebagai percubaan baru yang dibenarkan oleh peruntukan belanjawan yang besar dan bukannya hasil, slogan yang indah tetapi dengan kesan yang terhad meninggalkan pembaharuan ekonomi, Jika tidak, tiada yang dapat kita tunjukkan dalam beberapa tahun akan datang di mana orang kaya akan menjadi lebih kaya tetapi golongan yang besar yang lain tetap dalam keadaan yang sama atau lebih teruk dan kedaulatan serta kemerdekaan kita bakal akan dicabar sekiranya ia berlaku. – Oleh AHMAD YAZID OTHMAN FELO KANAN, MTEM.

 

Pendapat ni adalah pendapat peribadi Felo Kanan MTEM yang disokong MTEM. Penulis merupakan seorang aktivis masyarakat yang juga seorang usahawan teknologi yang berpusat di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan mantan CEO MTEM dan masih sebahagian daripada penyelidik di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Beliau juga aktif bersama NGO ekonomi dan NGO Melayu Islam.

 

ShareTweetPin
Previous Post

ISU KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN NANO MIST SPRAY SEBAGAI ALAT DISINFEKSI

Next Post

Idola Kecil Di Rumah kembali bersiaran di TV3

Next Post
Idola Kecil Di Rumah kembali bersiaran di TV3

Idola Kecil Di Rumah kembali bersiaran di TV3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist