Kedutaan Republik Korea di Malaysia akan menganjurkan Festival Filem Korea 2023 di pawagam GSC Mid Valley, Kuala Lumpur mulai 22 November hingga 26 November 2023.
Sempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur antara Korea dan Malaysia pada tahun ini, lima buah filem yang bertajuk “The Front Line” (2011), “Kai: The Legend of Mirror Lake” (2016), “Bori” (2018), “Granny Poetry Club” (2019), dan “Tunnel” (2016), telah dipilih secara teliti dengan ciri-ciri yang melambangkan nilai-nilai teras diplomasi awam Korea, iaitu “Keamanan (Peace), Kebebasan (Freedom), Persaudaraan (Solidarity) dan Kemakmuran (Prosperity)”.
(Sila rujuk kepada lampiran untuk maklumat lanjut)
Semasa pelancaran Festival Filem Korea 2023 ini nanti, pengarah filem terbitan bersama Korea-Malaysia iaitu “The Lord Musang King,” akan dipersembahkan sebagai contoh kukuh keakraban hubungan antara kedua-dua negara. Kolaborasi ini amat signifikan kerana ianya membawakan bersama industri perfileman Korea yang berjaya dengan industri perfileman Malaysia, yang dikenali melalui kepelbagaian latar belakang budaya dan potensi yang besar.
Semua tayangan filem ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Tiket disediakan berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’ dan boleh ditebus mulai jam 12 tengah hari dan ke atas pada 16 November 2023 melalui portal GSC e-payment (laman sesawang dan aplikasi mudah alih) atau kios tiket GSC di GSC Midvalley Megamall, Kuala Lumpur untuk mendapat DUA tiket percuma!
Untuk maklumat lanjut mengenai filem dan jadual tayangan, sila log masuk ke www.facebook.com/koremy.eng dan www.gsc.com.my.
<Pengenalan Filem>
Tema | Tajuk Filem | Keterangan Filem |
Masa Tayangan | ||
P
E A C E |
The Front Line
(2011) |
“The Front Line”, dipilih kerana menggambarkan impian Korea ke arah “keamanan (peace)”. Ianya telah menerima beberapa anugerah festival filem, termasuk Anugerah Filem Terbaik Persatuan Pengkritik Filem Korea dan Anugerah Filem Blue Dragon. Filem ini menelusuri peristiwa bersejarah semasa Perang Korea, memaparkan tentera di barisan hadapan berperang sehingga ke saat akhir. Ia juga menceritakan tentang mangsa perang yang masih hidup di medan perang dalam keadaan yang serba hancur. |
23 Nov
7:30 mlm |
||
F
R E E D O M |
Kai:
The Legend of Mirror Lake (2016) |
“Kai: The Legend of Mirror Lake” ialah sebuah filem animasi yang membawakan kreativiti tanpa batasan dengan semangat “kebebasan (freedom)”. Diarahkan oleh Lee Seong-gang, filem ini adalah gambaran semula kisah dongeng Hans Christian Anderson “The Snow Queen,” dengan lokasinya kini di Asia Tengah. Kisah memukau mengenai pelindung desa bernama Kai yang berusaha melindungi desa daripada ratu salji Hatan; semangat sungai yang baik, serta raja rusa yang kacak, menggalakkan imaginasi kanak-kanak. Filem ini telah dianugerahkan hadiah utama di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy, Perancis. |
25 Nov
2:00 ptg |
||
S
O L I D A R I T y |
Bori
(2018) |
“Bori” menceritakan kisah seorang perempuan yang hidup bersama ibu bapa dan abangnya yang cacat. Memaparkan nilai “persaudaraan (solidarity)”. Bori, sebagai satu-satunya kanak-kanak sempurna daripada ibu bapa yang tidak boleh mendengar (OHCODA), ingin menjadi pekak seperti keluarganya. Dia berpura-pura menjadi pekak tetapi mendapati yang dirinya disayangi oleh keluarganya sama seperti adik-beradiknya yang lain, walaupun dia boleh mendengar. Pengarah filem, Kim Jin-yu menterjemah pengalaman peribadinya bersama ibu bapanya yang pekak, memasukkan unsur peminggiran ke dalam filem ini, memberikan kesan mendalam kepada penonton serta mengetengahkan kepentingan hubungan kekeluargaan yang rapat. |
25 Nov
4:10 ptg |
||
Granny Poetry Club (2019) | “Granny Poetry Club” ialah sebuah dokumentari mengenai tujuh orang nenek yang teruja mempelajari Bahasa Korea (Hangul) pada usia 80 tahun. Mengatasi cabaran belajar pada usia lanjut, terutamanya semasa era penjajahan Jepun yang menyukarkan mereka mempelajari Hangul, sekumpulan nenek ini bersama-sama belajar Hangul dan menulis puisi, meraikan keriangan di sebalik skrin. Puisi karya mereka yang kini menjadi sanjungan ramai rakyat Korea, juga dijadikan sebagai muka taip pemproses kata bagi kad Tahun Baharu Presiden Tahun 2023. | |
24 Nov
7:30 mlm |
||
P
R O S P E R I T y |
Tunnel
(2016) |
“Tunnel” (2016) ialah contoh utama Gelombang Korea atau ‘Korean Wave’ di peringkat global. Dengan konteks budaya dan perspektif unik kandungan dari Korea, ianya mampu menarik perhatian ramai di seluruh dunia. File mini menceritakan tentang menyelamatkan seorang jurujual kereta (lakonan Ha Jung Woo) yang tersekat dalam runtuhan terowong, menawan hati penonton dengan sinematografi yang realistik, jenaka bijak dan persembahan hebat. Filem ini diiktiraf dengan beberapa anugerah, antaranya Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea dan Anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Chunsan. |
26 Nov
1:00 ptg |