SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

KENYATAAN MEDIA DARIPADA YB SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI

PRU 15 GOLONGAN OKU HARUS DIAMBIK KIRA

SWA TV by SWA TV
October 21, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
29
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

1. Pada 10 Oktober 2022, YAB Dato Srí’ Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen
selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU15). Susulan perkara ini adalah penting bagi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melihat tahap
ketersediaan fasiliti dan perkhidmatan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjelang PRU 15.

2. Statistik pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 31 Julai 2022
menunjukkan terdapat seramai 466,773 OKU dari kesemua 7 kategori yang berumur atas 18 tahun.
Daripada jumlah tersebut seramai 199,254 adalah OKU Fizikal yang berumur atas 18 tahun. Jumlah
ini tidak merangkumi golongan warga emas dan penyakit jarang jumpa di Malaysia.

3. Teras strategik 6 dalam Pelan Tindakan OKU 2016-2022 turut sentuh berkenaan usaha meningkatkan
kesedaran dan penglibatan OKU dalam proses pengundian. Adalah penting untuk SPR mengambil
tindakan serius bagi memastikan sesi pengundian mesra kepada OKU dan warga emas.
4. Antara cadangan saya kepada SPR adalah seperti berikut:

 Memastikan pemilihan lokasi pengundian yang boleh diakses oleh OKU sebagai pusat
mengundi. Kesemua pusat pengundian harus mempunyai kemudahan fasiliti yang mesra dan
inklusif kepada OKU termasuk penyediaan ramp (mobile ramp), parkir OKU, tandas OKU,
kerusi roda dan sebagainya.

 Penyediaan jurubahasa isyarat amat penting di lokasi pengundian yang melibatkan
pengundi OKU Pendengaran.

 Penambahbaikan sistem daftar pemilih yang boleh diakses oleh semua kategori OKU
terutamanya kepada OKU Penglihatan. Perlu ada format yang boleh diakses seperti braille
disediakan.

 Aplikasi audio seperti SMS suara (web atau mudah alih) untuk pendaftaran, pemakluman
butiran pengudian (lokasi, saluran, DUN dan lokasi parlimen) harus dibangunkan untuk OKU
penglihatan.

 Petugas SPR harus melalui Disability Equality Training (DET) yang bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai ketidakupayaan. Perkara ini boleh
dimasukkan dalam modul persediaan dan latihan petugas SPR bagi PRU15.

 SPR harus menganjurkan bengkel khas dengan kerjasama pertubuhan OKU bagi mendidik
pengundi OKU seperti SVEEP (Systematic Voters’ Education And Electoral
Participation)

 Seorang Pegawai dari JKM hendaklah dilantik di kawasan pilihan raya bagi setiap
daerah. Pegawai tersebut hendaklah dilatih mengenai penyediaan kemudahan untuk OKU.

 Kertas pengundian (ballot sheet) perlu mesra OKU Penglihatan dengan penyediaan kertas
undi braille. Seperti ni telah dilaksanakan di Tamil Nadu, India (Braille Enabled Voters Slips).

5. Saya berharap agar SPR dapat memastikan segala kemudahan, fasiliti, teknologi, pendidikan
pengundian dan sebagainya dilaksanakan seiring konsep keterangkuman sebagai komponen utama
Keluarga Malaysia. Ini amat penting bagi memastikan hak OKU terjamin serta diberi akses dan
peluang yang sama supaya tidak terkecuali dan dipinggirkan dalam proses demokrasi ini.

Sekian, terima kasih.
YB SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI
Ahli Dewan Negara (wakil OKU)
Presiden, Persatuan OKU Sentral

ShareTweetPin
Previous Post

FESTIVAL KOTA KUALA KEDAH

Next Post

Kenyataan A.Aida Merosakkan Industri Seni Negara

Next Post
Kenyataan A.Aida Merosakkan Industri Seni Negara

Kenyataan A.Aida Merosakkan Industri Seni Negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist