SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

PENGIKTIRAFAN BUDAYA SARAPAN DI MALAYSIA BAWAH KATEGORI REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY

PENGIKTIRAFAN BUDAYA SARAPAN DI MALAYSIA BAWAH KATEGORI REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY

SWA TV by SWA TV
December 5, 2024
in Hiburan, Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
120
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

5 Disember 2024 – Syabas dan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan Budaya Sarapan di Malaysia: Pengalaman Menjamu Selera Masyarakat Pelbagai Etnik (Breakfast Culture in Malaysia: Dining Experience in a MultiEthnic Society) yang telah disenaraikan di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity, UNESCO. Pengumuman ini telah dibuat oleh Intergovernmental Committee for the Safeguarding of
the Intangible Cultural Heritage (IGC ICH) semasa sesi ke-19, IGC ICH yang berlangsung di Asuncion, Paraguay pada 2 hingga 7 Disember 2024.

Keputusan pencalonan Budaya Sarapan d

i

Malaysia telah diumumkan pada jam 4.40 petang waktu di Paraguay bersamaan dengan jam 3.40 pagi waktu Malaysia. Badan Penilai (Evaluation Body) memutuskan Budaya Sarapan
di Malaysia telah memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh 2003 Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage, UNESCO.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mengemukakan dokumen pencalonan Budaya Sarapan di Malaysia kepada pihak sekretariat UNESCO pada 30
Mac 2023. Ia merupakan pencalonan pertama yang berkaitan dengan makanan dan gastronomi Malaysia. Terdahulu, Malaysia telah mendapat pengiktirafan bawah 2003 Convention ini untuk Mak Yung (2005), Dondang
Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Ong Chun/Wangchuan/Wangkang, pencalonan bersama China (2020), Pantun, pencalonan bersama Indonesia (2020), Songket (2021) dan Mek Mulung (2023).

Budaya Sarapan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya, keharmonian, penglibatan dan penerimaan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dan merupakan elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang
selari dengan kriteria UNESCO, sekaligus memberi impak dalam hubungan sosial masyarakat serta mencerminkan kekuatan dalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum. Kejayaan pengiktirafan budaya ini akan menggalakkan lebih banyak usaha perlindungan warisan tidak ketara dapat dilakukan secara sinergi melibatkan banyak pihak berkepentingan termasuklah pihak kerajaan bersama persatuan dan komuniti tempatan selain membuka peluang jaringan kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang. Pengiktirafan ini
juga membuktikan komitmen MOTAC dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu memfokus kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.

Pengiktirafan Budaya Sarapan di Malaysia sebagai warisan tidak ketara UNESCO ini merupakan hasil usaha kerjasama kolektif semua pihak yang terlibat khususnya warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
termasuklah Jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Warisan Negara. Pihak lain yang terlibat bagi menjayakan pengiktirafan ini adalah Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke
UNESCO dan Kementerian Luar Negeri. Pengiktirafan ini juga sekaligus menunjukkan kredibiliti Malaysia ke persada dunia sebagai calon yang selayaknya menduduki Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi tahun
2025-2029.

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)

ShareTweetPin
Previous Post

PM menyantuni industeri seni dengan menonton “Sirih Bertepuk Pinang Menari”anjuran Motac ( JKKN) dan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Next Post

Misi Bantuan Banjir Konsortium IRAMA Bersama Pengiatseni dan Ngo2 dan Syarikat Rakaman juga Pelancaran New Single Amiresa (Amir Pearl) dan Majlis MouAntara Ziela Jalil dan Liza Abdullah Dengan Loonaq Record

Next Post

Misi Bantuan Banjir Konsortium IRAMA Bersama Pengiatseni dan Ngo2 dan Syarikat Rakaman juga Pelancaran New Single Amiresa (Amir Pearl) dan Majlis MouAntara Ziela Jalil dan Liza Abdullah Dengan Loonaq Record

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist