SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

MAJLIS PAMERAN SENI VISUAL DAN PELANCARAN BUKU PUTERI PAKMA BERI NAFAS BARU KEPADA PENGKARYA SENI

MAJLIS PAMERAN SENI VISUAL DAN PELANCARAN BUKU PUTERI PAKMA BERI NAFAS BARU KEPADA PENGKARYA SENI

Asraf Zin by Asraf Zin
April 6, 2022
in Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
Encik Suzlee Ibrahim (3 dari Kiri), Encik Noor Azmi Mat Said (Tengah) bersama Encik Mohd Khair Ngadiron (3 dari kanan) hadir menyempurnakan majlis yang diadakan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Encik Suzlee Ibrahim (3 dari Kiri), Encik Noor Azmi Mat Said (Tengah) bersama Encik Mohd Khair Ngadiron (3 dari kanan) hadir menyempurnakan majlis yang diadakan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

156
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Majlis Pameran Seni Visual Puteri Pakma Pangkor Island Adventure dan Pelancaran Buku Puteri Pakma Pangkor Island Adventure memberi semangat dan nafas baru kepada pengkarya seni yang terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

Majlis ini telah mendapat sokongan dan tajaan daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah program Geran Sastera & Penerbitan Buku (GPIK Sastera).

Encik Suzlee Ibrahim (Kiri), Encik Mohd Khair Ngadiron (dua dari kiri) bersama Encik Noor Azmi Mat Said (tiga dari kiri) melihat lukisan yang dipamerkan

MyCreative menerusi kenyataan berkata, “MyCreative menyambut baik peruntukan yang diumumkan oleh Bekas YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui PENJANA yang menumpukan penggiat dan perniagaan industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19.

“Pelan PENJANA bagi industri kreatif adalah pelbagai inisitif pemulihan di bawah PENJANA, yang akan ditadbir dan diurus oleh MyCreative Ventures, di bawah kawalselia Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kewangan Malaysia.

“Ia telah dirangka khas untuk membantu industri seni, budaya, hiburan dan pementasan sama ada dalam kalangan penggiat mahupun perniagaan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk bangkit semula menjalankan aktiviti kreatif mereka,” menurut kenyataan itu.

 

Antara peserta lukisan yang sedang melukis di atas kanvas yang diberikan

Menurut MyCreative, objektif utamanya adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri kreatif dimulakan semula demi kelangsungan pendapatan penggiat industri.

Sementara itu, Majlis Pameran Seni Visual Puteri Pakma Pangkor Island Adventure mempamerkan sebanyak 30 karya hasil imej yang terdapat di dalam buku cerita Puteri Pakma.

Antara media yang digunakan di dalam pameran tersebut adalah catan, lakaran, seni instalasi dan video.

 

Peserta lukisan menunjukkan hasil lukisannya

Majlis tersebut juga turut melancarkan Buku Puteri Pakma Island Adventure yang mengisahkan pengembaraannya bersama karaktor lain seperti Putera Parawala, Zirafah bernama Wali dan Sotong bernama Kurita.

Selain itu, intipati buku tersebut turut memaparkan kebudayaan Melayu lama seperti rumah Melayu lama, Tanjak, Tombak, Baju Tradisional negeri Perak, Keris, Perisai serta Labu Sayong.

Antara pengunjung kanak-kanak yang turut hadir dalam majlis tersebut

Selain daripada pameran, aktiviti “Art Jamming” juga diadakan bersama pengunjung untuk memberi pengalaman serta pendedahan kepada pengunjung berkenaan seni.

Terdahulu, majlis tersebut dirasmikan oleh Encik Suzlee Ibrahim, Dekan Fakulti Seni Halus, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

ShareTweetPin
Previous Post

MALAYSIA UNGGULI SEKTOR PELANCONGAN MESRA MUSLIM

Next Post

PROGRAM JELAJAH MARI KENALI SAWIT LANGKAH BERTERUSAN KPPK PERTAHAN INDUSTRI SAWIT MALAYSIA

Next Post
PROGRAM JELAJAH MARI KENALI SAWIT LANGKAH BERTERUSAN KPPK PERTAHAN INDUSTRI SAWIT MALAYSIA

PROGRAM JELAJAH MARI KENALI SAWIT LANGKAH BERTERUSAN KPPK PERTAHAN INDUSTRI SAWIT MALAYSIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist