SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PENGIKTIRAFAN MEK MULUNG DI BAWAH KATEGORI LIST OF INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE IN NEED OF URGENT SAFEGUARDING UNESCO 2023

PENGIKTIRAFAN MEK MULUNG DI BAWAH KATEGORI LIST OF INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE IN NEED OF URGENT SAFEGUARDING UNESCO 2023

SWA TV by SWA TV
December 7, 2023
in Info@swatv, Nasional, Senitv.com
Reading Time: 3 mins read
A A
0
212
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

5 Disember 2023 – Malaysia pada hari ini telah melakar sejarah apabila Mek Mulung, sebuah teater tradisi warisan Kedah Tua telah berjaya disenaraikan di bawah kategori List of Intangible Cultural Heritage in Need of Urgent Safeguarding semasa 18th Session of the Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible
Cultural Heritage (IGC ICH). Sesi ini telah berlangsung pada 4-9 Disember 2023 di Kasane, Republik Botswana.
Pada sesi kali ini, sebanyak 45 Warisan Kebudayaan Tidak Ketara dari seluruh dunia telah diinskripsi menjadikan jumlah keseluruhan 612 Warisan Kebudayaan Tidak Ketara di bawah kategori Representative List. Manakala, hanya enam (6) Warisan Kebudayaan Tidak Ketara dari seluruh dunia diiktiraf bawah kategori

 

 

in Need of Urgent Safeguarding termasuklah Mek Mulung, menjadikan jumlah keseluruhan 82 Warisan Kebudayaan Tidak Ketara diinskripsi bawah kategori ini. Keputusan pencalonan Mek Mulung telah diumumkan pada jam 4.40 petang bersamaan dengan jam 10.40 malam waktu Malaysia. Penyenaraian yang cukup berprestij ini telah diputuskan oleh Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible
Cultural Heritage UNESCO yang dianggotai oleh 24 Negara Anggota 2003 Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage yang dipengerusikan oleh wakil negara Republik Botswana. Delegasi Malaysia yang terdiri daripada pegawai-pegawai MOTAC, JWN, Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO dan pakar rujuk warisan kebudayaan tidak ketara, telah diketuai oleh YBrs. Dr. Christina Yeo, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan, MOTAC.

 

Mek Mulung merupakan salah satu seni persembahan tertua di Kedah yang telah diwarisi turun-temurun sejak tamadun awal Kedah. Sebagai tradisi yang berakar umbi di desa Wang Tepus, Kedah, sejak lebih enam generasi, YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha MOTAC juga menegaskan adalah penting untuk
meningkatkan kesedaran dan meraikan seni warisan ini. Dari permulaannya yang sederhana sebagai sebuah teater rakyat, Mek Mulung kini akan dikenali ke seluruh dunia. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mencalonkan Mek Mulung kepada pihak sekretariat UNESCO pada 31 Mac 2022. YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
amat berbangga serta berbesar hati apabila kesenian tradisi Mek Mulung, salah satu seni persembahan Malaysia yang paling bernilai telah dimasukkan ke dalam Senarai UNESCO Warisan Budaya Tidak
Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa IGC ICH bersempana pengiktirafan yang diberikan kepada seni persembahan tradisional
Mek Mulung ini. Malah, Malaysia masih terdapat banyak persembahan seperti Mek Mulung, Mak Yong dan sebagainya yang bernilai untuk disenaraikan ke dalam Senarai UNESCO Warisan Budaya Tidak Ketara. Malaysia komited untuk terus menjaga tradisi kita untuk generasi akan datang selaras den gan Konvensyen 2003
Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara. Malaysia merupakan ahli IGC ICH bagi tempoh 2022-2026.
Bersempena dengan IGC ICH ini juga, MOTAC telah membawa kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa, gabungan penggiat seni dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Persatuan
Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB Kedah) dan Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus untuk menyampaikan persembahan dalam acara sampingan.

IGC ICH kali ini juga bakal menyaksikan kejayaan tiga Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia telah disenaraikan bawah NGO Bertauliah (Accredited NGO) UNESCO iaitu Pusat Budaya Pusaka Sdn. Bhd. (PUSAKA), Pertubuhan Kraf Malaysia (Malaysian Craft Council) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Dengan pengiktirafan ini, NGO ini berperanan dalam membantu Malaysia meningkatkan visibiliti Warisan Kebudayaan Tidak Ketara di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain dapat mengetengahkan Mek Mulung di peringkat dunia, pengiktirafan ini juga memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara di Negara ini, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu memfokuskan kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya. Pengiktirafan pada kali ini telah menjadikan jumlah Warisan
Kebudayaan Tidak Ketara negara yang diiktiraf di peringkat UNESCO bertambah kepada tujuh (7). Terdahulu, Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO ialah
Mak Yong (2005 dan 2008), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Wangkang bersama negara China (2020) dan Pantun bersama negara Indonesia (2020), Songket (2021). Pengiktirafan UNESCO ini bakal meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan melindungi kelestarian seni dan warisan turun
temurun tanpa mengira umur dan bangsa. Pengiktirafan ini juga akan memberikan galakan serta motivasi kepada golongan generasi muda termasuk pengamal seni dan warisan untuk berkecimpung dalam seni persembahan Mek Mulung dan seterusnya akan memangkin aktiviti kajian, pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan Mek Mulung.
__________________________________________________

ShareTweetPin
Previous Post

PENGANJURAN SEMULA ANUGERAH SENI NEGARA DAN MEMBUKA PENCALONAN MULAI DISEMBER 2023

Next Post

KBS SETAHUN DIBAWAH YB HANNAH YEOH

Next Post
KBS  SETAHUN DIBAWAH  YB HANNAH  YEOH

KBS SETAHUN DIBAWAH YB HANNAH YEOH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist