SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

KERJASAMA PELANCONGAN ISLAMIK NEGARA DENGAN JAKIM

SWA TV by SWA TV
October 11, 2021
in Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
52
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

 

 

Atas semangat Hijrah 1443 yang sedang kita lalui sekarang ini, saya berpandangan bahawa Memorandum Persefahaman (MoU) di antara ITC dan JAKIM yang mewakili IPDAS ini merupakan satu contoh komitmen kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan modal insan serta memperkasakan program dan kurikulum berkaitan Pelancongan Islam di peringkat pengajian tinggi. Ia satu usaha murni yang perlu disokong dan dimanfaatkan.

 

Saya percaya institusi pengajian tinggi dan sektor pelancongan perlu saling melengkapi. Peranan institusi pengajian tinggi seperti IPDAS amatlah tepat untuk membangun dan melahirkan modal insan yang berkebolehan dan berpengetahuan dalam Pelancongan Islam dan Mesra Muslim yang berpotensi besar.
Manakala sektor pelancongan pula berperanan untuk menggunapakai pengetahuan dan kepakaran mereka dalam membangunkan industri dan seterusnya memajukan ekonomi dan negara.

 

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, pelancongan merupakan antara industri penting di kebanyakan negara termasuklah Malaysia. Sumbangannya dari segi penjanaan pendapatan negara dan peluang pekerjaan adalah besar. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2019, seramai 3.6 juta orang bekerja dalam industri pelancongan. Kita sedar banyak sektor terjejas akibat pandemik COVID-19. Namun, saya percaya bahawa dengan pemulihan industri pelancongan pasca COVID-19, Insha Allah akan muncul peluang baru dalam industri ini yang akan memerlukan tenaga kerja yang berkebolehan untuk sama-sama meningkatkan semula prestasi industri ini.

 

Segmen Pelancongan Islam pula merupakan satu segmen pasaran yang khusus dan mempunyai potensi yang sangat besar. Alhamdulillah, Malaysia telah diiktiraf sebagai Destinasi Percutian Mesra Muslim terbaik melalui MasterCard-Crescentrating Global Muslim Travel Index (GMTI) ketika pelancaran Sidang Kemuncak Global Halal in Travel 2021 pada 14 Julai 2021 yang lalu. Kedudukan ini telah diungguli oleh Malaysia sejak dari tahun 2011 lagi.

 

Pencapaian ini adalah hasil dari usaha dan komitmen berterusan kerajaan dalam mengembangkan Pelancongan Islam melalui konsep dan strategi pemasaran Pelancongan Mesra Muslim di pasaran serantau dan global melalui usaha dan inisiatif ITC dan sokongan dari MOTAC. Namun demikian, terdapat persaingan hebat dalam sektor Pelancongan Islam, bukan sahaja dari negara-negara Islam. Bahkan, negara-negara dengan populasi minoriti Islam juga sudah mula menunjukkan minat dan memberikan perhatian terhadap
pasaran ini.

 

Beberapa tahun kebelakangan ini, negara-negara seperti Thailand, Singapura, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Australia, telah merancang dan membangunkan strategi Pelancongan Mesra Muslim untuk menarik pelancong-pelancong Islam dari seluruh pelosok dunia. Negara-negara ini sedar dan memahami potensi pasaran pelancongan Islam adalah besar dan semakin meluas ketika ini. Antara inisiatif yang dibangunkan mereka adalah dengan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti makanan halal, ruang ibadah serta keperluan asas yang lain untuk menarik minat pelancong-pelancong Islam ke negara mereka.

ShareTweetPin
Previous Post

KEBAJIKAN ANAK SENI TANGGUNGJAWAP SIAPA? -(FDAM)

Next Post

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 9

Next Post

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 9

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist