SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

MAJLIS PERASMIAN COMMUNITY BASED TOURISM, ARCA DASAR LAUT DI PULAU LANGKAWI, KEDAH

MAJLIS PERASMIAN COMMUNITY BASED TOURISM, ARCA DASAR LAUT DI PULAU LANGKAWI, KEDAH

SWA TV by SWA TV
July 24, 2022
in Info@swatv, Tourism
Reading Time: 3 mins read
A A
0
270
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

 KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) hari ini melancarkan Program Community Based Tourism, Arca Dasar Laut di Pengkalan Kubang Badak, Langkawi, Kedah. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

 

Program Community Based Tourism, Arca Dasar Laut dianjurkan oleh Balai Seni Negara sebagai salah satu usaha bagi memperkasakan ekosistem seni dan pelancongan negara. Program ini telah mendapat kerjasama Marine Research Station (MARES) UiTM Perlis, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah, Geopark Langkawi, Jabatan Perikanan Malaysia, Pejabat Tanah Daerah Langkawi dan Polis Marin Langkawi.

 

(  YB turut serta menyelam untuk melihat sendiri arca yang ditengelamkan di dasar  tersebut)

Penghasilan arca-arca yang berkonsepkan mitos dan lagenda Langkawi ini bermula pada Disember 2021 di Pengkalan Kubang Badak. Arca-arca ini kemudian siap dilabuhkan di sekitar perairan Pulau Pasir pada 2 Jun 2022. Program ini melibatkan 9 orang seniman tempatan yang berpengalaman. Mereka terdiri daripada YM Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Abdul Multhalib Musa, Ahmad Fuad Osman, Dr. Zainuddin Bin Abindinhazir @ Abdul Rashid, Low Chee Peng, Maxine Xie Xian Xin, Mohd Al Khuzairie Ali, Mohd Radzi Ismail, dan Umibaizurah Mahir @ Ismail. Sepanjang proses penghasilan arca ini, mereka turut bekerjasama dengan komuniti setempat iaitu nelayan dan operatus selam skuba.

(  Diantara acra yang terdapt di dasar tersebut)

Disamping itu, Program Community Based Tourism, Arca Dasar Laut ini tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas diiktiraf sebagai “Most Underwater Sculptures” melalui penghasilan 14 buah arca. Majlis perasmian pada hari ini turut menyaksikan upacara menandatangani sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

 

                                                          (  Yb menteri bersama pegawai yang betugas )

Menurut YBrs. Encik Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah LPSVN, “Arca dasar laut ini adalah elemen visual baharu dalam penciptaan konten dan kehebatan cerita tentang mitos dan lagenda Langkawi hasil kerjasama pengarca dan pelukis bersama komuniti setempat. Malah, dengan reka bentuk dan bahan yang digunakan akan menjadi perumah baharu kepada ekologi marin seterusnya mewujudkan jaringan kelestarian kepada kehidupan marin, komuniti setempat dan pelancongan Langkawi, Kedah”.

 

( Memberi taklimat kedudukan arca yang di benamkan ke dasar laut kepada YB oleh pegawi yang  bertugas)

Dalam pada itu, seiring dengan matlamat untuk melestarikan industri pelancongan, seni dan budaya, Balai Seni Negara turut mengadakan program sokongan iaitu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pembersihan Pulau Pasir dan Program Permukiman Seni Pulau Pasir di Pulau Pasir, Langkawi, Kedah selama empat hari bermula 21 Julai 2022. Program ini menyaksikan para pemenang pertandingan Bakat Muda Sezaman 2021 (BMS21) dan juga kurator-kurator BMS21 bekerjasama dalam aktiviti kesenian bagi menyemarakkan lagi kecintaan terhadap alam sekitar dan juga seni. Selain pembersihan kawasan Pulau Pasir, antara aktiviti lain adalah aktiviti pemuliharaan alam sekitar, acara lakar diari, sesi brainstorming, bual bicara seni, mendaki (jungle trekking) dan snorkeling (underwater sculpture discovery).

 

                                           ( Pegawai-pegawai yang turut serta bersama Yb menteri )

Menerusi program anjuran Balai Seni Negara, ia diharap dapat terus menyuntik semangat para artis tempatan untuk terus berkarya dan membantu komuniti setempat sekaligus mendidik masyarakat dengan memberi pendedahan tentang objek seni umum.Majlis turut dihadiri YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha MOTAC, YB Tuan Mohd Firdaus, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah, YBhg. Dato’ Indera Dayang Fatimah Tom Abang Saufi, Pengerusi LPSVN, YBrs. Encik Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah LPSVN, serta pegawai-pegawai kanan MOTAC, jabatan dan agensi.

ShareTweetPin
Previous Post

PTTI beri penghargaan 335 pelajar cemerlang SPM 2021

Next Post

GALERI EVOLUSI KRAF DAN MUZIUM ADAT ISTIADAT & PERKAHWINAN

Next Post
GALERI EVOLUSI KRAF DAN MUZIUM ADAT ISTIADAT & PERKAHWINAN

GALERI EVOLUSI KRAF DAN MUZIUM ADAT ISTIADAT & PERKAHWINAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist