SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

Syira care tukar logo baru

Syira care tukar logo baru

SWA TV by SWA TV
October 2, 2025
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
30
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SYRIA CARE – HUMAM RELIEF, PERLUAS MISI KEMANUSIAAN MALAYSIA
KE PERINGKAT GLOBAL
SHAH ALAM [28 SEPTEMBER 2025] – Syria Care hari ini mengorak langkah penting dalam
sejarah perjuangan kemanusiaan apabila melancarkan Pertubuhan Amal HUMAM atau
HUMAM Relief, sebuah organisasi baharu yang berperanan memperluaskan misi
kemanusiaan Malaysia ke peringkat global, termasuk tanah air sendiri.


Menurut Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar
Baki, HUMAM Relief lahir pada tahun 2024 daripada pengalaman, pengorbanan dan kejayaan
Syria Care yang telah berkhidmat lebih sedekad di bumi Syam.
Katanya, HUMAM Relief diwujudkan dengan visi lebih luas bukan sahaja memberikan
bantuan kecemasan, tetapi membina masa depan yang lebih mampan dan bermaruah untuk
masyarakat rentan di seluruh dunia.
“HUMAM Relief lahir sebagai ‘adik’, tetapi dengan mandat yang lebih luas, ia akan berperanan
sebagai ‘abang’ kepada Syria Care. Syria Care akan terus fokus kepada bumi Syam,
manakala HUMAM Relief membawa pengalaman itu ke peringkat global.
“HUMAM Relief percaya bahawa setiap bantuan mesti menghormati identiti, budaya dan
maruah komuniti yang dibantu, supaya mereka bukan sekadar hidup tetapi hidup dengan
martabat,” kata Siti Sakinah dalam ucapannya.
Walaupun baharu setahun berdaftar, HUMAM Relief telah mula menjejakkan kaki ke
beberapa negara dengan projek-projek awal seperti pembinaan telaga air bersih di Uganda
dan Indonesia, pemulihan rumah-rumah rosak akibat konflik di Syria, serta projek W.A.S.H
(Air, sanitasi dan Kebersihan) di Malaysia berkaitan Inisiatif Kebersihan Wanita dan Kesihatan
Haid dan kepentingannya melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan badan-badan
korporat.

“Ini hanyalah langkah permulaan. Kami mahu melihat HUMAM Relief berkembang menjadi
antara peneraju misi kemanusiaan dengan projek-projek mampan di Malaysia dan seterusnya
di peringkat antarabangsa, di mana komuniti rentan dan terpinggir mampu membina semula
kehidupan dan memperbaiki taraf hidup melalui inovasi, pemerkasaan dan penyelesaian
mampan, insya-Allah,” ujar Siti Sakinah.
Majlis pada hari ini turut menyaksikan pelancaran logo baharu Syria Care, yang
melambangkan aspirasi baharu dan perjalanan organisasi yang semakin matang.
Sejak lebih 10 tahun lalu, Syria Care bukan sahaja dikenali dengan bantuan kecemasan di
Syria, malah turut mengorak langkah dalam pelbagai inisiatif kemanusiaan yang berimpak.
Dengan wajah baharu ini, Syria Care melakukan transformasi dengan memperluas fokus
kepada pembangunan jangka panjang yang menekankan kelestarian, maruah, dan harapan
untuk komuniti rentan.
Ditubuhkan pada 2012, Syria Care bermula daripada sebuah bilik kecil oleh sekumpulan
sukarelawan dan bekas pelajar Syria di Malaysia. Diterajui pengasasnya, Sheikh Samir
Sakka, Syria Care berkembang daripada usaha kecil menjadi sebuah NGO kemanusiaan
yang meninggalkan kesan besar.
Misi pertamanya pada tahun 2013 sudah diuji dengan tragedi apabila seorang petugas
ditembak ketika menjalankan tugas, namun peristiwa itu hanya menguatkan lagi tekad untuk
meneruskan perjuangan.
Setahun kemudian, Syria Care didaftarkan secara rasmi, menjadi NGO pertama di Malaysia
yang ditubuhkan khusus membantu krisis kemanusiaan di Syria.
Antara pencapaian besar Syria Care termasuk projek perumahan Kampung Malaysia di Idlib,
yang menempatkan 274 keluarga dari khemah ke rumah selamat; penajaan hampir 6,000
anak yatim sepanjang lebih sedekad; pembinaan 19 sekolah, termasuk sekolah khas anak
yatim di Aqrabat; rumah anak yatim dan warga emas Dar As Sakinah di Jisr Al Shughur; serta
bantuan kepada hampir 6 juta penerima manfaat di Malaysia, Syria, Türkiye, Lubnan,
Afghanistan, Uganda, Yemen, Nepal dan selatan Thailand.
Selain itu, Syria Care juga menjadi NGO Malaysia pertama yang didaftarkan secara rasmi di
Syria, membolehkan ia menyalurkan bantuan dengan lebih sistematik dan berkesan.

ShareTweetPin
Previous Post

UNILAVENDER 卫生巾零月经贫困醒觉运动

Next Post

PROGRAM TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Next Post
PROGRAM TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

PROGRAM TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA MADANI 2025 BAKAL GEGAR DATARAN KERIS, ALOR GAJAH MELAKA
  • MOTAC AMBIK KIRA TEGURAN PMX
  • RM1 JUTA MENANTI FILEM TERBAIK FFM34
  • MISS M WORLD & M UNIVERSE 2025 × LnR EMPIR
  • HORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, LARANGAN MENGHIDANGKAN ARAK DALAM MAJLIS RASMI BAGI MENJAGA MARUAH ISLAM DAN IDENTITI NEGARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist