SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
February 20, 2022
in Tourism
Reading Time: 1 min read
A A
0
2k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH: Selain daripada terkenal sebagai Bandar Ikan Patin, Temerloh turut juga terkenal dengan tarikan pelancong yang begitu ikonik iaitu Temerloh Titik Tengah Semenanjung (T3S).

Pada tahun 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menjalankan sebuah kajian bagi menentukan titik tengah Semenanjung Malaysia.

Sebanyak tiga kaedah telah digunakan bagi menjalankan kajian tersebut iaitu kaedah bentuk rupa bumi Semenanjung Malaysia, jisim Semenanjung Malaysia dan hitungan matematik.

Daripada tiga kaedah yang digunakan, kaedah hitungan matematik merupakan yang paling sesuai kerana kaedah tersebut menghasilkan nilai satu titik konklusif dengan menggunakan formula nilai purata koordinat.

Hasil daripada kajian tersebut, lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia terletak di Kampung Paya Siput berhampiran dengan Pekan Lanchang, Temerloh, Pahang.

Ekoran itu, pihak JUPEM telah membina sebuah monumen bagi menanda titik tengah Semenanjung Malaysia manakala sebuah monumen ikonik dibina berhampiran dengan monumen JUPEM bagi memudahkan kerja cerapan dilakukan.

Monumen yang dibina JUPEM bagi menanda titik tengah Semenanjung Malaysia

Tapak monumen ikonik tersebut berdiameter 8 meter di mana arah serta jarak ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dilakarkan dalam lingkaran pada tapak monumen itu.

Selain itu. terdapat pancang-pancang yang mencondong ke arah kiblat dan pancang-pancang tersebut mewakili 6 Rukun Iman dan juga 5 Rukun Islam.

Monumen ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung
Antara nama dan jarak ibu negeri di Malaysia yang terdapat dalam lingkaran pada tapak monumen ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Nilai koordinat bagi lokasi tersebut telah diperolehi daripada cerapan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) iaitu Latitud 03° 29’ 33” dan Longitud 102° 13’ 10”.

Dengan persetujuan Kerajaan Negeri Pahang, lokasi titik tengah tersebut dikenali sebagai Temerloh Titik Tengah Semenanjung (T3S).

Pemandangan landskap indah di Temerloh Titik Semenanjung

Orang ramai boleh melawat ke Temerloh Titik Tengah Semenanjung (T3S) bagi meluangkan masa bersama yang tersayang sambil menikmati pemandangan indah dan menambah pengetahuan mereka mengenai lokasi ikonik tersebut.

#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung

 

ShareTweetPin
Previous Post

SAGUHATI UMRAH AKAN DIBAYAR PADA 18 FEBRUARI 2022

Next Post

STESEN PENYELIDIKAN LAPANGAN LEMBAGA LADA (MPB) BAKAL MEMPERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI LADA

Next Post
STESEN PENYELIDIKAN LAPANGAN LEMBAGA LADA (MPB) BAKAL MEMPERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI LADA

STESEN PENYELIDIKAN LAPANGAN LEMBAGA LADA (MPB) BAKAL MEMPERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI LADA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist