SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

MHLife 2026 RAIKAN KEPELBAGAIAN GAYA HIDUP DAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM MALAYSIA

MHLife 2026 RAIKAN KEPELBAGAIAN GAYA HIDUP DAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM MALAYSIA

SWA TV by SWA TV
September 27, 2026
in Hiburan, Info@swatv
Reading Time: 3 mins read
A A
0
HSFMWE Masthead R6 Final Masthead

HSFMWE Masthead R6 Final Masthead

7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, — Malaysia Halal Lifestyle Festival (MHLife) 2026 bakal menghimpunkan pelbagai tarikan gaya hidup dan pelancongan mesra Muslim apabila berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober 2026 di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam,Selangor.

Diraikan sebagai festival gaya hidup dan pelancongan mesra Muslim premier negara, MHLife 2026 merupakan sebahagian daripada Islamic Tourism Month (ITM) 2026 anjuran Islamic Tourism Centre (ITC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia (MOTAC) yang bertanggungjawab membangunkan segmen pelancongan Islam di Malaysia. Festival ini turut mendapat sokongan rasmi daripada rakan-rakan strategik RHB Islamic Bank Berhad, Mohd Chan Group Berhad, Siti Khadijah Group dan
Istana Budaya.
Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata penganjuran MHLife 2026 mencerminkan potensi besar Malaysia dalam pasaran pelancongan Muslim. “Pada 2025, Malaysia menerima 9.7 juta pelancong Muslim, jumlah tertinggi yang pernah direkodkan. Angka ini dijangka meningkat kepada 15 juta menjelang 2030. Perkembangan ini memberi peluang kepada Malaysia untuk terus memperkukuh kedudukan dalam pasaran ini, selain memberi manfaat kepada pemain industri pelancongan, komuniti tempatan dan ekonomi negara,” katanya.

Dengan Visit Malaysia 2026 yang sedang berlangsung dan Sukan SEA 2027 yang bakal menyusul, MHLife 2026 menyediakan satu lagi platform nasional untuk mengetengahkan kekuatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim. Encik Mohammad Faisal Abu Suaib Khan, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre,berkata: “Kita perlu melihat pelancongan mesra Muslim daripada perspektif yang lebih menyeluruh. Ia bukan hanya tertumpu kepada satu produk atau perkhidmatan, tetapi merangkumi keseluruhan pengalaman pelancong sepanjang berada di sesuatu destinasi. Ini termasuk makanan yang dinikmati, tempat penginapan, destinasi yang dilawati, barangan yang dibeli, pengalaman baharu yang diterokai dan interaksi dengan masyarakat setempat,” katanya. MHLife 2026 turut bertujuan memberi pendedahan yang lebih luas tentang destinasi dan perniagaan tempatan, menggalakkan aktiviti pelancongan serta memperlihatkan kaitan antara kekuatan industri halal Malaysia dengan sektor pelancongan, hospitaliti, budaya dan gaya hidup.

 

Bertemakan Rasa, Gaya, Warisan, MHLife 2026 membawakan konsep “Taste Malaysia, Wear Malaysia, Experience Malaysia” dengan mengetengahkan cita rasa, kreativiti dan tradisi yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia. Pengunjung boleh meneroka 16 pavilion yang mewakili 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, selain menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman, jenama tempatan, persembahan kebudayaan serta aktiviti interaktif sepanjang festival. Di majlis tersebut, ITC turut mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysian Association of Hotels (MAH). Kerjasama ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengiktirafan dan nilai pasaran Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR),
memperkukuh keupayaan industri melalui latihan serta melaksanakan inisiatif promosi dan penglibatan industri secara bersama.
MHLife 2026 turut menawarkan pelbagai program dari bidang pelancongan mesra Muslim, kecantikan dan kesejahteraan, kraftangan, aktiviti keluarga, beli-belah, pertandingan serta hiburan secara langsung.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel comms@itc.gov.my atau individu yang berkenaan:
Anis Ramli, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 012 321 9137
Siti Rahmah Lehan, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 012 9070 993
Nurin Sufia Muazamir, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 019 8013 400
Aliya Syazwani, Unit Komunikasi Korporat, ITC di 014 236 0038

Antara tarikan utama ialah Harmony Night Concert, yang akan menampilkan barisan penghibur tempatan menerusi persembahan kontemporari dan tradisional. Maklumat lanjut mengenai vendor, program, persembahan, aktiviti dan tarikan MHLife 2026
akan diumumkan dari semasa ke semasa menjelang festival. Peluang berterusan untuk perniagaan tempatan MHLife 2026 bukan sekadar platform selama tiga hari, malah turut membuka peluang kepada perniagaan tempatan untuk mendapat pendedahan yang berterusan.
Semua vendor yang menyertai MHLife 2026 akan disenaraikan secara automatik dalam Direktori Pelancongan Mesra Muslim rasmi ITC, sekali gus membolehkan perniagaan mereka terus ditemui oleh pengguna dan pelancong selepas festival berakhir. Direktori ini turut membantu memperluas pilihan produk, perkhidmatan dan pengalaman mesra Muslim yang boleh diterokai di seluruh Malaysia.

Permohonan penyertaan vendor kini dibuka kepada perniagaan dalam bidang makanan dan minuman, fesyen sopan, kecantikan dan kesejahteraan, kraftangan, pelancongan mesra Muslim, produk gaya hidup serta kategori berkaitan. Perniagaan yang berminat boleh
mendaftar di www.mhlife.com.my. MHLife 2026 akan berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober 2026 di Dataran Karnival,
Stadium Shah Alam, Selangor. Kemasukan adalah percuma.Untuk perkembangan terkini mengenai program, aktiviti dan pengumuman MHLife 2026, layari www.mhlife.com.my dan ikuti platform media sosial rasmi MHLife 2026 di Facebook:
Malaysia Halal Lifestyle Festival; Instagram: @mhlife.festival dan TikTok: @mhlife.festival.

Festival premier in menampilkan makanan, fesyen sopan, budaya dan warisan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan mesra Muslim.

ShareTweetPin
Previous Post

Malaysia Arts and Cultural Trail Festival 2026 Highlights Arts, Culture, and Heritage in Klang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • MHLife 2026 RAIKAN KEPELBAGAIAN GAYA HIDUP DAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM MALAYSIA
  • Malaysia Arts and Cultural Trail Festival 2026 Highlights Arts, Culture, and Heritage in Klang
  • FESTIVAL JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA 2026 ANGKAT SENI, BUDAYA DAN WARISAN DI KLANG
  • BUAT PERTAMA KALINYA FELDA DAN PERKESO PERKUKUH JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL, PERKASA KESEJAHTERAAN KOMUNITI FELDA
  • 马来西亚女性在斯里兰卡创造历史:拿督哈嘉·扎伊丽塔·阿兹琳(Dato’ Dr. Hjh. Zairita Azlin)荣膺“She for the Nation”第二季冠军。
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist