BIODATA
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Tarikh Lahir : 10 Ogos 1947 (75 tahun)
Asal : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Isteri : Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
PROFIL
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dikenali di seluruh dunia
sebagai seorang Muslim Demokrat dan Reformis. Diangkat sebagai Bapa
Reformasi atas perjuangan yang konsisten menentang ketidakadilan dan rasuah.
Seorang pemimpin berwawasan yang sentiasa meletakkan permasalahan rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum sebagai keutamaan. YAB Dato’ Seri Anwar Bin
Ibrahim pernah cuba disekat dua kali melalui pertuduhan bermotifkan politik, kali
pertama pada 1998 sehingga 2004 dan kali kedua pada 2015 hingga 2018.
Kezaliman ini bahkan memperkuat roh perjuangan beliau untuk terus membela
nasib rakyat. Atas dasar kesedaran dan kemanusiaan, YAB Dato’ Seri Anwar Bin
Ibrahim kekal menjadi jurubicara dan denyut nadi rakyat untuk melakar Malaysia
yang lebih adil buat semua.
PENGLIBATAN DALAM BADAN BUKAN KERAJAAN DAN ORGANISASI
ANTARABANGSA
1980 – Kini : Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam
Antarabangsa (IIIT)
2006 – 2008 : Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC
2006 : Felo Pelawat John Hopkins University, Washington DC
1997 – 1998 : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia
1988 – 1991 : Ahli Lembaga Pengarah dan Presiden Majlis Umum Pertubuhan
Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Paris
1983 – 1998 : Canselor dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM)
1972 – 1982 : Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
1973 – 1976 : Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
1973 : Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
1971 : Pengasas dan Pendidik Yayasan Anda Akademik
PENGLIBATAN DALAM POLITIK
UMNO
1990 – 1998 : Timbalan Presiden UMNO
1987 – 1990 : Naib Presiden UMNO
1982 – 1987 : Ketua Pemuda UMNO
PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN)
2020 – Kini : Pengerusi Pakatan Harapan
2018 – Kini : Presiden KEADILAN
2005 – 2018 : Ketua Umum KEADILAN
PENGALAMAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN
2022 – Kini : Ahli Parlimen Tambun
2008 – 2015
2020 – 2022 : Ketua Pembangkang
2018 – 2020 : Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen
2018 – 2022 : Ahli Parlimen Port Dickson
1982 – 1998
2008 – 2015 : Ahli Parlimen Permatang Pauh
PENGALAMAN DALAM KERAJAAN
1993 – 1998 : Timbalan Perdana Menteri
1990 – 1998 : Menteri Kewangan
1987 – 1990 : Menteri Pendidikan
1984 – 1986 : Menteri Pertanian
1983 – 1984 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
1982 – 1983 : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
PENGIKTIRAFAN
2017 – 2022 : Tokoh Muslim Berpengaruh Dunia oleh The Royal Islamic
Strategic Centre, Jordan
1996 : Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney
1993 : Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMoney