SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

BUAT PERTAMA KALINYA FELDA DAN PERKESO PERKUKUH JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL, PERKASA KESEJAHTERAAN KOMUNITI FELDA

BUAT PERTAMA KALINYA FELDA DAN PERKESO PERKUKUH JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL, PERKASA KESEJAHTERAAN KOMUNITI FELDA

SWA TV by SWA TV
September 12, 2026
in Info@swatv, Usahawan & Shopping
Reading Time: 3 mins read
A A
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR  -Kerjasama strategik antara Lembaga  Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diperkukuh menerusi Memorandum Kerjasama (MoU) yang bakal menjadi pemangkin kepada penyelarasan serta pelaksanaan operasi yang lebih cekap, bersepadu, dan berimpak tinggi dalam menyantuni keperluan Komuniti FELDA. Kesepakatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua agensi untuk menggembleng kepakaran, rangkaian, dan jaringan penyampaian masing-masing dalam memperluas perlindungan keselamatan sosial, program pencegahan, perkhidmatan rehabilitasi, serta peluang pekerjaan kepada seluruh ekosistem Kumpulan FELDA merangkumi peneroka, suri rumah, generasi baharu, petugas, pekerja asing, majikan, dan perusahaan. Usaha strategik ini sekali gus menyokong aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera, berdaya tahan, dan terangkum tanpa membiarkan mana-mana golongan tercicir daripada arus pembangunan negara.

Majlis pemeteraian yang berlangsung di Menara FELDA itu menyaksikan dokumen ditandatangani oleh Pengarah Besar FELDA, Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, dan Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, Encik Ahmad Syaarani Azulan, manakala PERKESO diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, serta Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO, Datuk Dr. Hafez Hussain. Sesi tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Encik Ahmad Tarmizi Zakaria dan Ahli Lembaga FELDA, Encik Abd Halim
Abd Majid. FELDA dalam kenyataannya memaklumkan bahawa inisiatif ini merangkumi perlindungan keselamatan sosial, keselamatan dan kesihatan, rehabilitasi, sokongan kembali bekerja, serta pembangunan kerjaya bagi meningkatkan kebolehpasaran generasi baharu.
Kerjasama ini diharap dapat meningkatkan kesejahteraan dan daya tahan sosioekonomi Komuniti FELDA melalui jaringan perlindungan serta peluang pembangunan yang lebih menyeluruh

Sementara itu, PERKESO menjelaskan bahawa kerjasama ini turut melibatkan aktiviti advokasi, pendaftaran pencarum, pemudahcaraan pembayaran caruman, khidmat nasihat, dan tuntutan faedah bagi komuniti yang layak. Dari aspek keselamatan dan kesihatan, program kesedaran, latihan, penaksiran risiko, serta saringan kesihatan Pekerja termasuk saringan khusus bagi pemandu kenderaan berat turut dilaksanakan secara bersama. Skop kerjasama ini diperluas menerusi penawaran skim LINDUNG Kasih bagi suri rumah
serta LINDUNG Kendiri untuk peneroka, petugas, dan organisasi di bawah Kumpulan FELDA, di samping penekanan terhadap pengurusan kes, advokasi pematuhan, dan penyelarasan inisiatif A-CARE SIM Card bagi pekerja asing. Bagi memperkasakan
generasi baharu FELDA, pelbagai program turut dirancang merangkumi pemprofilan dan padanan pekerjaan melalui MYFutureJobs, kaunseling kerjaya, latihan kebolehpasaran, program intervensi, serta penganjuran karnival kerjaya. Selain itu, FELDA dan PERKESO bakal memperluas advokasi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), koperasi, kontraktor, vendor, serta pembekal bagi meningkatkan
pematuhan dan akses kepada perkhidmatan PERKESO. Kedua-dua agensi juga meneroka integrasi data menerusi Sosial Sinergi bagi memperkukuh penyasaran, penyampaian, pemantauan, dan penilaian program, tertakluk kepada undang-undang serta tatakelola keselamatan maklumat.

Menurut PERKESO, kerjasama strategik ini membuka ruang untuk mendekati Komuniti FELDA secara lebih tersusun serta memastikan akses yang menyeluruh kepada perlindungan sosial dan peluang pekerjaan. Pelaksanaannya akan dijalankan secara berperingkat menerusi program rintis, kempen, seminar, latihan, saringan, dan penempatan pekerjaan yang dipersetujui bersama, dengan kelayakan tertakluk kepada peruntukan undang-undang, kadar caruman, serta syarat skim yang berkuat kuasa.

ShareTweetPin
Previous Post

马来西亚女性在斯里兰卡创造历史:拿督哈嘉·扎伊丽塔·阿兹琳(Dato’ Dr. Hjh. Zairita Azlin)荣膺“She for the Nation”第二季冠军。

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BUAT PERTAMA KALINYA FELDA DAN PERKESO PERKUKUH JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL, PERKASA KESEJAHTERAAN KOMUNITI FELDA
  • 马来西亚女性在斯里兰卡创造历史:拿督哈嘉·扎伊丽塔·阿兹琳(Dato’ Dr. Hjh. Zairita Azlin)荣膺“She for the Nation”第二季冠军。
  • DATO’ DR. HJH. ZAIRITA AZLIN DINOBATKAN “SHE FOR THE NATION – SEASON 2”DI SRI LANKA
  • PEKAN SAMBAL TAJAAN RHB BANK ISLAMIK MEMERIAHKAN MAHA 2026
  • SENI PERSEMBAHAN PENTAS BERTARAF DUNIA SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI ISTANA BUDAYA KINI BERMULA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist