Aktiviti riadah seisi keluarga pada hujung minggu sudah semestinya menjadi keinginan setiap keluarga bukan?
Namun, tahukah korang yang di Temerloh ini terdapat satu destinasi menarik untuk dikunjungi seisi keluarga? sudah semestinya destinasi itu adalah Kubang Gajah Water Park!
Kubang Gajah Water Park yang terletak di Temerloh ini mempunyai pelbagai jenis permainan air yang ditawarkan. Selain reka bentuk tempat ini yang sangat menarik, Taman Tema Air ini juga kelihatan sangat ceria kerana dihiasi dengan kepelbagaian warna.
Taman tema ini sangat sesuai bagi semua jenis golongan, tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak dan harga yang ditawarkan untuk masuk ke Taman Tema ini sangatlah berbaloi! Anda hanya perlu membayar RM12 untuk dewasa, manakala bagi kanak-kanak hanya RM10 dan RM6 untuk warga emas atau OKU.
Bukan itu sahaja, tahukah korang yang Taman Tema ini juga membenarkan para pengunjung untuk membawa masuk makanan dari luar! Menarik bukan? Jadi korang sudah tidak perlu risau soal makanan di sini.
Dengan harga tiket yang ditawarkan tersebut, sudah tentu Kubang Gajah Water Park ini sangat berbaloi untuk dikunjungi oleh seisi keluarga.
Waktu pengoperasian bagi Kubang Gajah Water Park ini adalah Setiap Hari kecuali Rabu (Hari Biasa) 10:30am – 7:30pm, Setiap Hari (Cuti Sekolah) 9:00am – 7:30pm.
#temerlohunlimited #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung