SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

STESEN PENYELIDIKAN LAPANGAN LEMBAGA LADA (MPB) BAKAL MEMPERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI LADA

STESEN PENYELIDIKAN LAPANGAN LEMBAGA LADA (MPB) BAKAL MEMPERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI LADA

Asraf Zin by Asraf Zin
February 15, 2022
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
232
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Pembinaan stesen dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.83 juta ini telah siap sepenuhnya secara fizikal dan dijangka akan diserahkan kepada Lembaga Lada Malaysia pada bulan Mac ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi, YB Datuk Willie Anak Mongin berkata penubuhan stesen penyelidikan ini adalah bertujuan untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan perladangan bagi meningkatkan aktiviti ujian lapangan tanaman lada, membangunkan plot-plot ujian ladang untuk menguji keberkesanan hasil R&D serta menyelenggara koleksi gemplasma lada di Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata stesen ini adalah selari dengan haja tuju MPB dan industri lada untuk memperkasakan aktiviti R&D melalui kemudahan penyelidikan yang moden dan canggih.

“Ia juga akan menjadi pemangkin kepada aktiviti penyelidikan di lapangan yang membolehkan MPB menjalankan pelbagai jenis R&D berkaitan lada secara sistematik dan pengumpulan gemplasma serta varieti bagi penghasilan varieti lada baru”, katanya.

Selain itu, antara kemudahan yang terdapat di stesen berkenaan merangkumi empat unit rumah hijau berkeluasan 168meter persegi setiap unit, yang akan digunakan untuk kajian penyakit dan perosak, kultur tisu, pembiakbakaan dan agronomi lada.

Seunit bangsal tumbuhan berkeluasan 150meter persegi akan digunakan untuk menyelenggara koleksi germplasma lada selain daripada kemudahan asas lain seperti sistem perparitan, sistem saliran air dan kumbahan, jalan serta kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang juga turut dibina.

Malah, Dua plot ujian ladang, iaitu Plot Koleksi Germplasma lada sebagai sumber bahan kajian untuk penyelidikan dan penyelenggaraan sumber genetik di Malaysia serta Plot Ujian Ladang untuk menguji keberkesanan hasil R&D turut dibangunkan.

Plot-plot tersebut akan membantu aktiviti pemantauan dan mengurangkan lalat yang boleh mengganggu kesahihan data saintifik, sekali gus meningkatkan pendedahan hasil R&D dan inovasinya kepada orang awam.

“melalui penubuhan stesen seumpama ini pemerkasaan R&D industri tanaman tersebut dapat diperkukuh dengan meningkatkan penemuan R&D dan inovasi baru ke arah pembangunan industri lada yang mampan”, kata Datuk Willie.

ShareTweetPin
Previous Post

TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

Next Post

JKNS NAFI VAKSIN PUNCA REMAJA MAUT

Next Post

JKNS NAFI VAKSIN PUNCA REMAJA MAUT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • MEMUDAHKAN AKSES RAKYAT: BAS GO KL KINI BEROPERASI KE HOSPITAL REHABILITASI CHERAS
  • PENGERUSI ANGKASA NEGERI SELANGOR HADIR MEWAKILI TIMBALAN PRESIDEN ANGKASA KE MAJLIS IFTAR & PENYAMPAIAN SUMBANGAN EHSAN RAMADAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM,ASNAF,MUALAF DAN TAHFIZ ANJURAN KOPERASI AGRO MAKANAN SELANGOR BERHAD
  • ZIARAH YANG SAKIT, MENGINGATKAN KITA TENTANG NIKMAT SIHAT
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist