Mengangkat tema “Gubahan Tari Tradisi”, penganjuran PETARA 2026 merupakan manifestasi komitmen ASWARA dalam menyediakan platform berprestij yang bukan sahaja mengiktiraf kreativiti penggiat seni tari, malah memperkukuh pemeliharaan serta pengembangan khazanah tari tradisional Malaysia. Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PETARA 2026 diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama isteri, YBhg. Datin Yuzaira binti Yusoff.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC bersama isteri, YBhg. Datin Che Rokiah binti Mahmod, barisan pengurusan tertinggi ASWARA yang diketuai oleh YBhg. Datuk ‘Ainu Sham Haji Ramli, Ahli-ahli Lembaga Pengarah ASWARA, rakan-rakan strategik ASWARA serta rakan media. Sebanyak 20 kumpulan telah berentap di pentas akhir menerusi empat kategori utama, iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Terbuka, serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).
Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:
🏆 Johan Kategori Sekolah Rendah: Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad
🏆 Johan Kategori Sekolah Menengah: SSEMJ Dance Star A, Sekolah Seni Malaysia Johor
🏆 Johan Kategori Terbuka: Dansa Fusion Kuala Lumpur
🏆 Johan Kategori IPTA/IPTS: FMSP Dance Troupe, UPSI
ASWARA turut melihat penghasilan karya baharu berasaskan tradisi sebagai pelaburan jangka panjang terhadap kelestarian warisan seni negara, bahkan berpotensi diperkembangkan sebagai bahan pendidikan dan rujukan artistik buat generasi akan datang. Semoga PETARA terus melahirkan bakat berkualiti, memperkaya khazanah koreografi negara, dan memperkukuh kedudukan ASWARA sebagai peneraju pendidikan seni budaya serta warisan kebangsaan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang serta semua finalis!
#PETARA
#MyMotac
#ASWARAmelangkahkehadapanbersamatradisi
#MalaysiaMadani
#VisitMalaysia2026


