Kenyataan daripada menteri agama .Berkaitan dengan arak di hidangkan di Majlis rasmi kerajaan..
Perbuatan menghidang atau menonjolkan minuman berasaskan arak dalam majlis rasmi kerajaan adalah bertentangan dengan hukum syarak, moral, dan undang-undang negara. Islam bukan sahaja mengharamkan pengambilan arak, tetapi juga segala bentuk kerjasama dan penglibatan dengannya. Dalam konteks Malaysia sebagai negara Islam dan Hab Halal Dunia, tindakan sebegini hanya mencemarkan imej negara serta menimbulkan kegusaran masyarakat.
Oleh itu, semua pihak dinasihatkan agar menghormati Perlembagaan Persekutuan, mematuhi hukum syarak dan menjaga sensitiviti umat Islam demi memelihara keharmonian serta perpaduan nasional
sila rujuk link di bawah:
https://www.linkedin.com/posts/dr-mohd-na-im-mokhtar-5a41a12b0_hormati-perlembagaan-persekutuan-larangan-activity-7380965526887600128-qI2e?utm_medium=ios_app&rcm=ACoAAErHQAwBxVWKCBwQqu7sqvpZ8MyDLmf4jC4&utm_source=social_share_send&utm_campaign=copy_link