
KUALA LUMPUR 25 OKT 2025 -YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, telah hadir meluncurkan program Projek Dengar Rakan Muda, sebuah usaha di bawah inisiatif Rakan Muda di bawah gaya hidup Rakan Prihatin, hari ini. Inisiatif ini dijalankan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama UEM Sunrise Berhad menerusi penyediaan
venue di Publika Shopping Gallery dan HELP University serta Sedia Bersahabat (The Befrienders) Kuala Lumpur menerusi penugasan sukarelawan terlatih.

. Projek Dengar Rakan Muda diwujudkan bagi menyediakan ruang selamat di mana belia boleh datang untuk berkongsi dan didengari – tanpa penilaian, tanpa stigma, tanpa prejudis dan segala interaksi adalah
sulit (confidential)
Objektif pelaksanaan Projek Dengar Rakan Muda adalah seperti berikut:
1 Menyediakan platform sokongan kesihatan mental dan emosi kepada belia;
2 Meningkatkan kesedaran bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal;
3 Mengurangkan stigma agar belia lebih berani mendapatkan bantuan profesional; dan
4 Memperkasakan belia sebagai ejen perubahan dalam komuniti mereka sendiri.

Sesi akan berlangsung secara percuma pada Sabtu, minggu pertama setiap bulan, bermula jam 10 pagi hingga 2 petang di The Square, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur, mulai 1 November 2025.

Majlis peluncuran turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Encik
Hafizuddin Sulaiman, Ketua Pegawai Kewangan UEM Sunrise Berhad, YBrs. Prof Andy Liew Teik Kooi, Naib Canselor HELP University dan YBrs. Puan Etta Chatterjee, Pengerusi Sedia Bersahabat (The Befrienders Kuala Lumpur).
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai penganjuran program ini, sila hubungi JBSN di talian 03-8871 3245 atau e-mel : jbsn@kbs.gov.my.



