

Penganjuran ini mencerminkan komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai Negara Sukan, dengan menekankan budaya sukan sebagai gaya hidup sihat untuk semua
peringkat umur, bukan hanya atlet berprestasi tinggi.
Kejohanan yang berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025 di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya ini menampilkan 23 acara sukan dengan penyertaan lebih 6,000 peserta berusia antara 40 hingga 60 tahun. Ia
bertujuan menggalakkan penglibatan aktif golongan dewasa dan warga emas dalam mengekalkan kesihatan fizikal serta kesejahteraan mental.
Selain menjadi medan pertandingan sihat, KBS Masters Games turut memupuk semangat kesukanan, memperkukuh hubungan sosial dan menyokong kesejahteraan komuniti menjelang status Malaysia sebagai
negara menua pada tahun 2048.
Antara acara yang dipertandingkan termasuk hoki, akuatik, berbasikal, bola sepak, boling padang, boules, catur, e-sukan, sepak takraw, memanah, olahraga masters, pickleball, sukan lasak, bola jaring, bola tampar, golf, ping
pong, tenpin boling, badminton, scrabble, larian dan tai chi.KBS menegaskan bahawa melalui pembudayaan sukan, isu kesihatan seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung dapat dicegah – selaras
dengan prinsip “mencegah lebih baik daripada merawat.”
Untuk maklumat lanjut, hubungi Sekretariat KBS Masters Games di talian 03-8871 3183 / 3242 atau e-mel hsn@kbs.gov.my. Maklumat tambahan juga boleh diperoleh di laman sesawang www.harisukannegara.my/mg25.


credit gambar dan video :malaysia tribune



