YBhg. Dato’ Hj. Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor telah hadir mewakili YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik,Timbalan Presiden ANGKASA ke Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Ehsan Ramadan bersama Anak Yatim, Asnaf dan Tahfiz yang dianjurkan oleh Koperasi Agro Makanan Selangor Berhad bertempat di Abeedeen Clubhouse, Cyberjaya.
Turut hadir ialah Yang Mulia Tengku Shamsul Bahari bin Tengku Azman Al Haj, Penasihat Jawatankuasa Bahagian Hartanah dan Pelaburan Koperasi Agro Makanan Selangor Berhad; Yang Dihormati Tuan Daniel Abdullah, Penasihat Koperasi Agro Makanan Selangor Berhad; Yang Berusaha Dato’ Sri Erynna bt Abd Rasyid, Pengerusi Koperasi Agro Makanan Selangor Berhad; Yang Dihormati Puan Zaliha Md Yusuf, Penolong Pegawai Operasi Daerah, Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat; Tuan Fakrulrazi bin Mohammad, Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat (wakil); serta YBhg. Dato’ Dr. Ridzuwan HM Zain, Penasihat Bridgel Baki Malaysia, Putrajaya. Hadir sama barisan Anggota Lembaga serta kakitangan Koperasi Agro Makanan Selangor Berhad dan kakitangan ANGKASA Negeri Selangor.
Koperasi Agro Makanan Selangor Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2023 merupakan salah satu koperasi yang aktif dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan. Sejak tiga (3) tahun yang lalu, koperasi ini dengan kerjasama ANGKASA Negeri Selangor, rakan strategik serta para penaja telah menganjurkan program kebajikan berbentuk penyampaian sumbangan kepada golongan anak yatim, pelajar tahfiz dan asnaf.
Dalam majlis berkenaan, seramai 30 orang penerima daripada golongan tersebut telah disantuni melalui penyampaian sumbangan Duit Raya, barangan keperluan serta bantuan kebajikan sebagai tanda keprihatinan dan usaha memperkukuhkan semangat ukhuwah serta kebersamaan dalam bulan Ramadan.
Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperluas manfaat kepada komuniti setempat serta memperkukuhkan peranan koperasi dalam agenda pembangunan sosial masyarakat.
Rakan niaga dan Penaja bersama dengan program tersebut adalah seperti berikut ;
1. Lazees Niaga Sdn Bhd
2. Fishing Village Campaign , janda baik
3. DSR taiko Berhad
Rakan Strategik
1. Jasmin food Sdn Bhd
2. Fajira katering
3. KDSA homestay
4. Zarra Sdn Bhd
4. sumbangan wang tunai Dari Angkasa Malaysia
Sumbangan individu Dari
1. Dato Ghazali Dan
2. Tengku Shamsul



