SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

PROGRAM FESTIVAL TARIAN SINGA 2024 SEMARAKKAN INDUSTRI SENI BUDAYA DAN PELANCONGAN NEGARA

PROGRAM FESTIVAL TARIAN SINGA 2024 SEMARAKKAN INDUSTRI SENI BUDAYA DAN PELANCONGAN NEGARA

SWA TV by SWA TV
August 2, 2024
in Hiburan, Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
72
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak menganjurkan Festival Tarian Singa 2024 selama tiga (3) hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Sarawak di mana ia melibatkan ramai pihak, terutamanya industri pelancongan, seni, budaya dan warisan. Festival ini juga bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026),
sekaligus menjadikan tarian singa ini sebagai daya tarikan utama untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.Festival yang pertama kali dianjurkan oleh MOTAC ini merupakan salahsatu usaha penting kerajaan dalam menyatupadukan rakyat dalam mengekalkan kemakmuran negara termasuk meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat, selari dengan teras keempat Malaysia MADANI.

Pemilihan Bandaraya Kuching juga sebagai lokasi festival adalah sangat sesuai kerana penganjuran festival seperti ini akan dapat meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang dikenali di seluruh dunia yang sememangnya amat sinonim dengan keunikan kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak.Tanda perasmian acara kemuncak Malam Gala Festival Tarian Singa 2024 telah disempurnakan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan,

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), MOTAC dengan suasana penuh gilang-gemilang di Tebingan Sungai Kuching.
Sementara itu, YB Timbalan Menteri dalam ucapannya berkata, Festival Tarian Singa 2024 yang pertama kali dianjurkan oleh MOTAC ini juga dirangka dengan pelbagai pengisian program yang menarik untuk menyemai minat masyarakat tentang seni persembahan tarian singa sebagai salah satu cabang seni, budaya dan warisan masyarakat Malaysia yang perlu dipelihara. Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang tiga (3) hari program ialah Perarakan Kumpulan Tarian Singa, Sesi Perkongsian Ilmu bersama Adiguru Kraf Kepala Singa, Demonstrasi Teknik Permainan Gendang Tarian Singa, Pameran Pengiktirafan Warisan Malaysia oleh
UNESCO, Demonstrasi Lukisan Grafiti/Mural, Jualan Produk Kraftangan dan Konsert Rakyat bagi menghiburkan warga Bumi Kenyalang.

MOTAC sedang berusaha untuk mengiktiraf Tarian Singa dan Naga sebagai seni persembahan di bawah naungan MOTAC. Langkah ini amat bertepatan dengan hasrat Kerajaan untuk memartabatkan seni dan budaya pelbagai
kaum di Malaysia seperti yang telah digariskan di dalam Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN).Hadir bersama dalam majlis perasmian ini ialah barisan pengurusan tertinggi MOTAC bersama Kerajaan Negeri Sarawak.

 

ShareTweetPin
Previous Post

BECALM COOKIES LANCAR KEMPEN KESIHATAN MENTAL – YOU CAN BE OKAY

Next Post

PENGIKTIRAFAN TAPAK WARISAN ARKEOLOGI KOMPLEKS GUA TAMAN NEGARA NIAH, SARAWAK SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Next Post

PENGIKTIRAFAN TAPAK WARISAN ARKEOLOGI KOMPLEKS GUA TAMAN NEGARA NIAH, SARAWAK SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA MADANI 2025 BAKAL GEGAR DATARAN KERIS, ALOR GAJAH MELAKA
  • MOTAC AMBIK KIRA TEGURAN PMX
  • RM1 JUTA MENANTI FILEM TERBAIK FFM34
  • MISS M WORLD & M UNIVERSE 2025 × LnR EMPIR
  • HORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, LARANGAN MENGHIDANGKAN ARAK DALAM MAJLIS RASMI BAGI MENJAGA MARUAH ISLAM DAN IDENTITI NEGARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist