KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2025 – Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching hari ini merasmikan Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34), sebuah platform pengiktirafan tertinggi kepada penggiat seni layar negara.
Bertemakan “Karya Kreatif, Sinema Dinamik”, FFM34 turut memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik, selaras dengan piawaian antarabangsa bagi menghargai tenaga kreatif di balik tabir.
Turut diumumkan sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM1 juta bakal dimiliki pemenang kategori Filem Terbaik FFM34. Pemenang 27 kategori bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi.
Selain itu, pemberian hadiah berjumlah RM20,000.00 dalam bentuk sewaan dan penggunaan fasiliti FINAS untuk tujuh (7) kategori iaitu
Pengarah Harapan,
Sinematografi Terbaik,
Penataan Bunyi Terbaik,
Pengarah Terbaik,
Dokumentari Terbaik
, Filem Terbaik,
Filem Pendek Terbaik.
Bagi menghargai jasa tokoh seni yang telah mencorakkan perjalanan sinema tanah
air, FINAS turut menganjurkan Program Tribute: Penghargaan kepada Tokoh
Tokoh Perfileman Veteran Negara sebagai program sisipan FFM34.
Antaranya,
Seniwati Datin Rosnani Jamil
Seniwati Ruminah Sidek
Dato’ Rahim Razali
Othman Hafsham.
Malam Anugerah FFM34 akan berlangsung pada 1 November 2025, 8.30 malam di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, dan turut disiarkan secara langsung di TV2 RTM serta YouTube FINAS. Untuk maklumat lanjut berkenaan
FFM34, layari https://ffm.finas.my.