SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

Soma lancar album ‘Perjalanan’, Hadiah buat peminat

Soma lancar album ‘Perjalanan’, Hadiah buat peminat

SWA TV by SWA TV
December 27, 2024
in Hiburan, Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
148
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi baru, Rosmah S.Sengari @Basar atau lebih selesa dikenali dengan nama Soma, anak kelahiran
Selangor meluahkan rasa syukur dengan terlahirnya album baru yang berjudul Perjalanan.
Menyifatkan Perjalanan adalah hadiah buat dirinya, album ini juga adalah buah tangan untuk seluruh
rakyat Malaysia kerana mengetengahkan lagu hasil ciptaan komposer tekenal, Allahyarham S.Atan.
Beliau yang mula menyanyi sejak usia 13 tahun, pernah dinobat sebagai naib juara dalam Pertandingan
Bintang Nostalgia Klasik Nasional RTM 2009. Seterusnya pada tahun 2010, beliau diangkat sebagai
juara dalam Bintang Klasik RTM 2010 mewakili negeri Selangor. Sebelum itu, beliau juga pernah
melepasi stage 3 dalam uji bakat Sinaran Passport kegemilangan, Akademi Fantasia 3 dan 4. Antara
lain, beliau juga pernah mengikuti uji bakat Mentor Otai serta Pertandingan nyanyian peringkat negeri
dan daerah.
Soma yang sebelum ini mengenali Allahyarham S.Atan ketika menyertai pertandingan anjuran radio
Klasik RTM ditemukan semula oleh Tuan Haji Mohamed Saleh semasa Konsert Makan Malam Amal
Legends di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpu

Siapa sangka rezeki datang pada masanya, ketika malam konsert amal tersebut, Soma ditemukan
dengan penerbit lagu, Belle Fatah dan beliau diperdengarkan lagu-lagu baru di telefon bimbitnya.
Memandangkan pernah berjumpa dan membuat persembahan bersama sebelum ini, Belle
menyatakan hasrat untuk merakamkan lagu bersamanya untuk dimuatkan kedalam album SOMA.
Bagi lagu berjudul Curahan dan Dugaan, ia pernah dirakamkan pada tahun 1996 namun terhenti atas
sebab tertentu. Namun kini, setelah melalui proses penggubahan semula dan mengikut susunan arus
muzik, oleh Belle Fatah maka terhasil album Perjalanan gabungan ciptaan kedua-dua adik beradik
komposer ini.
Manakala, 2 lagu berjudul ‘Kerlipan Langit Lebaran (lagu raya) dan Bisikkanlah Kekasih ciptaan
Allahyarham S.Atan yang telah sedia untuk dibuat rakaman tidak sempat dirakamkan, namun akan
diteruskan bagi menyambung legasi karya seni beliau dan menjadikannya antara lagu-lagu terakhir
yang terkandung di dalam Album Soma berjudul ‘Perjalanan’.
Bagi album Perjalanan, ia memuatkan lagu-lagu ciptaan gabungan dua orang komposer adik beradik
antara Allahyarham S.Atan dan Belle Fatah. Soma berharap album ini mendapat tempat dikalangan
para peminat dan lagu-lagu yang dinyanyikan juga diterima para pendengar.

Details lagu, komposer dan lirik Album Soma – Perjalanan:-
A) Komposer: Datuk S.Atan:
Lagu:-
1.Perjalanan (lirik oleh Soma)
2.Memori Bulan Disember (lirik oleh Siso Kopratasa)
3.Bebaskan Aku (Lirik oleh Siso Kopratasa)
B) Komposer (new arrangement music): Belle Fatah.
Ciptaan asal: Din J
Lagu:
1. Curahan (Lirik oleh Din J, Soma)
2. Dugaan (Lirik oleh Din J, Soma)

Penerbit: BELLE FATAH
Penerbit Eksekutif: ROSMAH

ShareTweetPin
Previous Post

Unisel-KDH Tawar Program Pengajian Madani, Lahirkan Pemimpin Insani – Dr. Zulkifli Hasan

Next Post

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN AI DI DALAM INDUSTRI SENI

Next Post

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN AI DI DALAM INDUSTRI SENI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • (no title)
  • Sos cili pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibharim kini menembusi pasaran Berunai
  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist