SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

SAMBUTAN HARI SENIMAN NEGARA DITUKAR KE 22 MAC SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN TAN SRI P. RAMLEE

SAMBUTAN HARI SENIMAN NEGARA DITUKAR KE 22 MAC SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN TAN SRI P. RAMLEE

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 17, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
76
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Hari Seniman Negara akan diadakan pada 22 Mac setiap tahun bersempena tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bagi memperingati jasa dan sumbangan beliau.

Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh yang merupakan mutiara kebanggaan negara dalam industri perfileman bukan sahaja memiliki nilai kesenimanan pada karya beliau sebagai seorang pengarah, pelakon, penggubah lagu, penulis lirik, pemuzik dan pelawak, namun juga sebagai pemuisi.

Perubahan tarikh Hari Seniman Negara yang pada asalnya disambut pada 29 Mei ke 22 Mac adalah dilakukan bagi memperingati jasa dan sumbangan Tan Sri P. Ramlee serta mengangkat karya-karya beliau yang bukan sahaja membantu melahirkan lebih ramai tokoh dan pakar industri kreatif, malah memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

Cadangan untuk menukar tarikh Hari Seniman tersebut telah diteliti dan pandangan daripada pelbagai persatuan dan pertubuhan berkaitan telah diambil.

Ekoran itu, cadangan penukaran tarikh tersebut telah mendapat kelulusan Memorandum Jemaah Menteri yang diusulkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Hari Seniman Negara disambut untuk meningkatkan kesedaran dan apresisasi masyarakat terhadap peranan seni budaya dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang mempunyai jati diri serta menghargai seni budaya negara selain mengiktiraf kecemerlangan penggiat industri kreatif yang terlibat dalam bidang seni.

Sempena Hari Seniman Negara ini, KKMM berhasrat untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pemegang-pemegang taruh dalam penganjuran Majlis Pelancaran Hari Seniman Negara pada 22 Mac 2022 bagi menghargai sumbangan dan peranan penggiat industri kreatif tanah air terutamanya dalam membangun negara menerusi aktiviti seni, kreatif dan budaya sekaligus memartabatkan industri kreatif ke tahap yang lebih cemerlang.

ShareTweetPin
Previous Post

KETETAPAN BAHARU DI MASJID DAN SURAU BERKUAT KUASA 1 APRIL 2022

Next Post

MAIWP LABUAN BANTU 405 ORANG ASNAF, AGIH TABLET BERNILAI RM753,300

Next Post

MAIWP LABUAN BANTU 405 ORANG ASNAF, AGIH TABLET BERNILAI RM753,300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • ZIARAH YANG SAKIT, MENGINGATKAN KITA TENTANG NIKMAT SIHAT
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist