SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

FESTIVAL BUDAYA PUTRAJAYA 2024 DIRASMIKAN DENGAN PENUH WARNA WARNI MADANI

FESTIVAL BUDAYA PUTRAJAYA 2024 DIRASMIKAN DENGAN PENUH WARNA WARNI MADANI

SWA TV by SWA TV
September 23, 2024
in Info@swatv, Senitv.com
Reading Time: 3 mins read
A A
0
178
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

21 September 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan
kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan jayanya menganjurkan Festival
Budaya Putrajaya 2024 yang bertemakan “Perpaduan melalui Seni Budaya” selama
tiga (3) hari bermula pada 20 hingga 22 September 2024 bertempat di Dataran
Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.


Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk mengetengahkan seni dan
warisan tempatan kepada pelancong domestik serta antarabangsa. Festival ini juga
bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sekaligus
menyemarakkan kegiatan ekonomi Malaysia di mana ia melibatkan ramai pihak,
terutamanya industri pelancongan, seni, budaya dan warisan. Penganjuran kali kedua
festival ini merupakan salah satu usaha penting Kerajaan dalam menyatupadukan rakyat
dalam mengekalkan kemakmuran negara termasuk meningkatkan taraf hidup dan status
sosioekonomi masyarakat, selari dengan teras keempat Malaysia MADANI.

Tanda perasmian acara kemuncak Majlis Perasmian Malam Gala Warna Warni
MADANI telah disempurnakan oleh YB Dr Zaliha binti Mustafa, Menteri Wilayah
Persekutuan yang mewakili YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, dengan suasana
penuh gilang gemilang. Sementara itu, YB Dr Zaliha binti Mustafa dalam ucapannya
berkata, Malaysia yang akan mengambil alih Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025
memberi peluang kepada negara kita untuk terus memperkasakan dan mempromosikan
seni, budaya dan warisan ke peringkat serantau dan antarabangsa. Ia merupakan satu
penghormatan penting yang dapat menonjolkan peranan kita dalam memperkayakan
khazanah seni, budaya di rantau ini.

Festival Budaya Putrajaya menjadi contoh cemerlang bagaimana Malaysia
memanfaatkan peluang ini untuk mempamerkan kepelbagaian dan kekayaan seni,
budaya dan kita. Sejajar dengan hasrat Malaysia MADANI oleh YAB Perdana Menteri,
tema “Perpaduan Melalui Seni Budaya” bertujuan mengukuhkan perpaduan rakyat
Malaysia melalui nilai kemanusiaan, saling menghormati, dan semangat toleransi.


Dengan penganjuran festival ini, bukan sahaja dapat mempromosikan nilai-nilai budaya
Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa, tetapi juga mengukuhkan
kedudukan negara kita sebagai pusat seni, budaya dan warisan utama di ASEAN.
Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang tiga (3) hari program ialah
Pameran Demonstrasi dan Interaktif Seni Budaya Warisan; Penjualan Produk Kraf,
Pameran dan Jualan Produk Pelancongan Domestik dan Antarabangsa; Pencungkilan
Bakat Seni dan Budaya; Persembahan teater secara PERCUMA bertajuk “Cinta Ahmad
Mutawakkil” bagi menghiburkan para pengunjung

Hadir sama dalam majlis perasmian ini ialah YB Timbalan-timbalan Menteri, Ketua-ketua
Perwakilan Asing di Malaysia, YBhg. Datuk Wira Roslan Bin Tan Sri Abdul Rahman,
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun
Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya serta barisan pengurusan tertinggi
MOTAC bersama Perbadanan Putrajaya (PPj).

ShareTweetPin
Previous Post

TEA TARIK MENJADI TUMPUAN DI GALERI SAMBAL WARONG PAK AJI TAJAAN AJINOMOTO

Next Post

MESYUARAT MENTERI-MENTERI ASEAN KALI KE-11 YANG BERTANGGUNGJAWAB KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (AMCA KE-11), MESYUARAT PEGAWAI KANAN KE-20 KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (SOMCA KE-20) DAN MESYUARAT BERKAITAN DENGAN DIALOG RAKAN NIAGA

Next Post

MESYUARAT MENTERI-MENTERI ASEAN KALI KE-11 YANG BERTANGGUNGJAWAB KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (AMCA KE-11), MESYUARAT PEGAWAI KANAN KE-20 KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (SOMCA KE-20) DAN MESYUARAT BERKAITAN DENGAN DIALOG RAKAN NIAGA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA MADANI 2025 BAKAL GEGAR DATARAN KERIS, ALOR GAJAH MELAKA
  • MOTAC AMBIK KIRA TEGURAN PMX
  • RM1 JUTA MENANTI FILEM TERBAIK FFM34
  • MISS M WORLD & M UNIVERSE 2025 × LnR EMPIR
  • HORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, LARANGAN MENGHIDANGKAN ARAK DALAM MAJLIS RASMI BAGI MENJAGA MARUAH ISLAM DAN IDENTITI NEGARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist