SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA MADANI 2025 WARNAI DATARAN KERIS, ALOR GAJAH

JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA MADANI 2025 WARNAI DATARAN KERIS, ALOR GAJAH

SWA TV by SWA TV
October 21, 2025
in Hiburan, Senitv.com, Tourism
Reading Time: 3 mins read
A A
0
40
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH, Oktober 2025 – Dataran Keris Alor Gajah bergema dengan semangat budaya, irama gendang dan warna-warni tradisi apabila program Jejak Seni Budaya Malaysia Madani 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang. Program yang berlangsung dari 15 hingga 19 Oktober 2025 ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Alor Gajah merangkap Timbalan Menteri Pertahanan, YB Haji Adly Zahari, dan berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung sepanjang lima hari penganjuran.

Edisi kedua program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan edisi pertamanya yang dianjurkan di Kuala Lumpur tahun lalu. Tahun ini, Persatuan Pengurusan Acara Budaya dan Warisan Malaysia (PABWAM) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta memilih negeri Melaka sebagai destinasi penganjuran, bertepatan dengan statusnya sebagai negeri bersejarah dan mercu tanda pelancongan budaya negara.

Program ini menampilkan pelbagai pengisian yang mempamerkan keindahan seni, budaya dan warisan Malaysia. Antara tarikan utama ialah “Jom Ngap Festival”, festival makanan yang mengetengahkan pelbagai cita rasa tempatan dari seluruh Malaysia serta memberi peluang kepada pengusaha makanan dan usahawan belia tempatan memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung.

 

Majlis perasmian diserikan dengan persembahan istimewa melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk tarian kebudayaan Melayu oleh kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, tarian klasik India, tarian
Portugis tradisional, serta persembahan nyanyian daripada alumni ASWARA. Kesemua persembahan ini bukan sahaja memukau penonton, tetapi turut menjadi simbol keharmonian serta kepelbagaian budaya yang menjadi
tunjang Malaysia Madani. Menurut Timbalan Presiden PABWAM, Encik Nor Zaily Hasjadi, kejayaan
penganjuran ini membuktikan bahawa seni dan budaya mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi kreatif dan pelancongan domestik.


“Kami amat berbesar hati melihat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat, pelancong dan komuniti seni. Lebih 5,000 pengunjung hadir sepanjang lima hari, sekali gus membuktikan minat tinggi rakyat terhadap
acara berteraskan budaya. Jejak Seni Budaya Malaysia Madani bukan sekadar festival seni, tetapi satu platform penyatuan dan penghargaan terhadap identiti bangsa,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa edisi seterusnya akan diteruskan di negeri Perak pada tahun hadapan, dengan skala yang lebih besar dan pengisian yang lebih pelbagai sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Edisi di Perak nanti akan membawa pembaharuan dari segi konsep dan pengisian bagi memperluas jaringan seni budaya di seluruh negara. Kami yakin ia akan menjadi satu lagi mercu tanda dalam kalendar pelancongan
budaya Malaysia,” tambah beliau. Program Jejak Seni Budaya Malaysia Madani kini diiktiraf sebagai antara
inisiatif budaya paling berimpak tinggi di peringkat nasional yang menggabungkan elemen pelancongan, pendidikan, warisan dan ekonomi kreatif. Ia terus menjadi wadah penyatuan masyarakat berbilang bangsa
serta simbol komitmen negara dalam melestarikan warisan seni Malaysia untuk generasi akan datang.

Dikeluarkan oleh:
Persatuan Pengurusan Acara Budaya dan Warisan Malaysia (PABWAM)
Nor Zaily Hasjadi
Timbalan Presiden

ShareTweetPin
Previous Post

ASN SELANGOR 2025 MENJULANG SENI , MENGANGKAT MARTABAT SENI BERNILAI,TOKOH DIHARG

Next Post

ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2

Next Post
ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2

ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist