SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

MAJLIS FESTIVAL TITIH PUSAKA 2026 MENGIKTRAF ANAK MUDA MELALUI ANUGERAH BAkAT MUDA HARAPAN SENI TRADISI

MAJLIS FESTIVAL TITIH PUSAKA 2026 MENGIKTRAF ANAK MUDA MELALUI ANUGERAH BAkAT MUDA HARAPAN SENI TRADISI

SWA TV by SWA TV
January 25, 2026
in Hiburan, Info@swatv, Senitv.com
Reading Time: 3 mins read
A A
0
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2026 – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menganjurkan Majlis Perasmian Festival Titih Pusaka 2026 dengan tema Dari Generasi ke Generasi yang telah dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Festival yang meraikan kepelbagaian keindahan warisan dan budaya Malaysia ini merupakan inisiatif berterusan ASWARA dalam memelihara dan mengangkat khazanah budaya bangsa kepada masyarakat pelbagai lapisan. Majlis perasmian bermula pada jam
8.30 malam dengan ketibaan tetamu kehormat yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi ASWARA, wakil agensi dan jabatan di bawah MOTAC dan pihak Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Ucapan aluan majlis berkenaan telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Zulkifli Ab Rashid, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, yang menegaskan kepentingan festival ini sebagai wadah pendidikan, pemeliharaan warisan serta pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan. Kemuncak majlis menyaksikan gimik pelancaran Festival Titih Pusaka 2026 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC yang begitu menekankan peranan festival ini sebagai pemacu pelancongan berteraskan warisan serta medium penyatuan rakyat melalui apresiasi seni dan budaya

Lebih menarik lagi, majlis turut dimeriahkan dengan tayangan montaj Festival Titih Pusaka 2026, penyampaian Anugerah Ikon Festival Titih Pusaka 2026, penyampaian hadiah Pertandingan Dikir Barat serta persembahan khas oleh pemenang pertandingan tersebut. Selain itu, festival yang berlangsung mulai 23 hingga 25 Januari 2026 ini juga turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran seni dan kraf tradisional, demonstrasi oleh tokoh seni dan adiguru, bengkel dan masterclass, pertandingan Dikir Barat Mega, forum dan wacana akademik, di samping persembahan pentas yang melibatkan pelajar, alumni serta kumpulan kesenian
profesional tempatan. Pelbagai disiplin seni diketengahkan sepanjang festival, termasuk tari, muzik, teater, animasi, penulisan, seni visual, sastera dan filem pendek yang memperlihatkan keluasan landskap seni di Malaysia serta potensi integrasi antara seni tradisi dan kontemporari.

Festival ini juga turut melibatkan penyertaan di peringkat antarabangsa daripada beberapa buah negara dalam sesi bengkel dan masterclass termasuk China,Indonesia, Cambodia, Thailand dan Singapura, sekali gus memperluas jaringan kerjasama serta pertukaran budaya merentas sempadan Festival Titih Pusaka 2026 diharapkan dapat menjadi platform berimpak tinggi dalam memperkenalkan dan memartabatkan warisan tidak ketara negara kepada generasi muda, agar nilai, ilmu dan jati diri yang terkandung di dalamnya terus
difahami, dihargai dan diwarisi. Dalam arus pemodenan dan globalisasi yang semakin pesat, usaha memelihara warisan budaya bukan lagi satu pilihan,sebaliknya satu tanggungjawab bersama.

Anugerah Bakat Muda Harapan Seni Tradisi sempena Festival Titih Pusaka 2026 ASWARA:-

1) Penerima 1:-
– Nama : Ahmad Marzuki bin Nor-Din
[dikenali juga sebagai Megat Haikal]

2) Penerima 2:-
– Nama : Aiman Syawal Merican bin Mohd Shaiful Izham
[dikenali juga sebagai Syawal]

3) Penerima 3:-
– Nama : Cheng En Qi
[dikenali juga sebagai Angel]

Anugerah Pempengaruh Seni Tradisi sempena Festival Titih Pusaka 2026 ASWARA:-

1) Penerima 1:-
– Nama : SMSM Production

2) Penerima 2:-
– Nama :  Azizzul Haqim Bin Md Anuwar

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT MEGA

– JOHAN
WARISAN INDERA SUKMA
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

– NAIB JOHAN
ARMADA CAKAWATI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

– KETIGA
KIJANG MAS UPM
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

– KEEMPAT
BASA DIWANA
UNIVERSITI MALAYA

– SAGUHATI
TABUH PENDITA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

– SAGUHATI
SARI ADIRATNA
KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA MAIWP

– SAGUHATI
SUARA SRIKANDI
UNIVERSITI MALAYA

– TOK JOGHO TERBAIK
MUHAMMAD IRFAN MOHD RAZALI
ARMADA CAKAWATI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

– TUKANG KARUT TERBAIK
MUHAMMAD AMIRUL MOHD ROPI
WARISAN INDERA SUKMA
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

– MUZIK TERBAIK
ARMADA CAKAWATI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

– KOSTUM TERBAIK
ARMADA CAKAWATI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

ShareTweetPin
Previous Post

இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.

Next Post

MEMBANTERAS KARTEL TIPUAN BIDA DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Next Post
MEMBANTERAS KARTEL TIPUAN BIDA DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

MEMBANTERAS KARTEL TIPUAN BIDA DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • 打破垄断集团 政府采购中的投标欺诈
  • MEMBANTERAS KARTEL TIPUAN BIDA DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist