SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

PROGRAM LITERASI KEWANGAN UNTUK PELAJAR OKU: MEMPERKASA GENERASI MASA DEPAN

PROGRAM LITERASI KEWANGAN UNTUK PELAJAR OKU: MEMPERKASA GENERASI MASA DEPAN

SWA TV by SWA TV
March 19, 2025
in Nasional, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
93
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Team ELITE, sekumpulan pelajar MBA dari Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKMGSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah berjaya melaksanakan program Literasi Kewangan untuk Pelajar OKU yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk membekalkan pelajar OKU dengan kemahiran asas dalam pengurusan kewangan, sekali gus membantu mereka mencapai tahap kebebasan
kewangan yang lebih baik pada masa hadapan.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), RHBUKM Endowment Fund, Alkhair Malaysia, ALF Agency Sdn Bhd dan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, yang memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan inisiatif ini.

Seramai 60 pelajar OKU dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima telah menyertai program ini, yang merangkumi sesi pembelajaran interaktif, permainan simulasi kewangan, serta bimbingan daripada pakar dalam bidang perbankan dan perancangan kewangan. Antara modul utama yang diperkenalkan termasuk pengurusan pendapatan, perancangan kewangan, simpanan, pelaburan, pengurusan
risiko, dan penggunaan instrumen kewangan digital.

 

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs Dr. Mohd Anuar Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Instruksional, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Nur Laili Ab Ghani, wakil kepada Dekan, UKM Graduate School of Business, YBrs. Puan Rosiah Mohamed Ariff,
Pengetua SMKPK Bumbong Lima, YBrs. Puan Anes Juwita Yahya Pengurus, Jabatan Deposit, Pembayaran dan Rangkuman Kewangan, Bank Simpanan Nasional (BSN) serta YBrs. Tuan Amizan bin Hj Ahmad, Timbalan Naib Presiden, RHB Bank Berhad Wilayah Utara

Menurut Dr. Nur Laili Ab Ghani, program ini bukan sahaja bertujuan untuk membentuk pemahaman asas dalam pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar OKU, malah turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam mengurangkan ketidaksamaan pendidikan dan meningkatkan tahap kesejahteraan ekonomi golongan ini.

“Program ini merupakan satu langkah proaktif dalam membentuk masa depan yang lebih cerah untuk pelajar-pelajar OKU. Dengan adanya pengetahuan kewangan yang kukuh, mereka lebih bersedia untuk mengurus kehidupan mereka dengan lebih berdikari serta membuat keputusan kewangan yang lebih bijak,” katanya.
Sementara itu, Siti Zanariah Binti Makhdar, selaku Pengarah Projek, menyatakan bahawa program ini merupakan satu pencapaian besar bagi pasukan ELITE dan mencerminkan komitmen mereka terhadap pendidikan kewangan yang inklusif.
“Kami amat berbangga dapat menganjurkan program ini dan melihat impak positifnya terhadap pelajar-pelajar OKU. Pendidikan kewangan adalah satu keperluan asas yang perlu dikuasai oleh semua golongan, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas. Dengan bimbingan yang betul, mereka dapat membina keyakinan dalam mengurus kewangan mereka sendiri,” katanya.

Seiring dengan Global Money Week 2025, program ini menjadi platform penting dalam mempromosikan kesedaran tentang literasi kewangan sejak usia muda. Dengan kejayaan pelaksanaannya, Team ELITE berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah pendidikan khas yang lain di Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat tambahan mengenai program ini, sila hubungi:
elitmbagroup@gmail.com  ( 019-2192878 )

ShareTweetPin
Previous Post

SUMBANGAN NUR RAMADAN DI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

Next Post

IFTAR@KL 2025 MASIH MENDAPAT SAMBUTAN WALAUPUN HUJAN LEBAT MELANDA

Next Post

IFTAR@KL 2025 MASIH MENDAPAT SAMBUTAN WALAUPUN HUJAN LEBAT MELANDA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA MADANI 2025 BAKAL GEGAR DATARAN KERIS, ALOR GAJAH MELAKA
  • MOTAC AMBIK KIRA TEGURAN PMX
  • RM1 JUTA MENANTI FILEM TERBAIK FFM34
  • MISS M WORLD & M UNIVERSE 2025 × LnR EMPIR
  • HORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, LARANGAN MENGHIDANGKAN ARAK DALAM MAJLIS RASMI BAGI MENJAGA MARUAH ISLAM DAN IDENTITI NEGARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist