SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

MAJLIS PELANCARAN DESTINASI PELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI (CoBT) KAMPUNG BAMBANGAN, BATU SAPI, SANDAKAN, SABAH

MAJLIS PELANCARAN DESTINASI PELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI (CoBT) KAMPUNG BAMBANGAN, BATU SAPI, SANDAKAN, SABAH

SWA TV by SWA TV
October 19, 2025
in Info@swatv, SWA TVI, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN,  OKTOBER 2025 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) telah melancarkan Destinasi Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) Kampung Bambangan, Batu Sapi, Sandakan, Sabah yang dirasmikan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

 

Kampung Bambangan merupakan kluster pertama PPHM di Sandakan, menawarkan pengalaman unik kepada pelancong untuk menyelami gaya hidup masyarakat setempat. Antara tarikan utama termasuklah aktiviti berkelah di Jeti Lagenda, lawatan ke perusahaan ketam lembut, aktiviti memancing di rumah pancing, dan pengalaman River Cruise yang menyusuri keindahan paya bakau Hutan Simpan Kabili-Sepilok. Lokasinya yang berdekatan dengan Sepilok, Rainforest Discovery Centre dan Taman Memorial Sandakan menjadikan destinasi
ini sebahagian daripada pakej pelancongan lengkap di Sandakan.

 

YB Timbalan Menteri dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada komuniti Kampung Bambangan atas semangat gotong-royong, perpaduan dan kebersamaan yang mencerminkan nilai-nilai MADANI seperti Kemampanan, Kesejahteraan dan Hormat dalam memperkasa pelancongan komuniti. Beliau turut menegaskan bahawa kesediaan penduduk menerima pelancong membuktikan komitmen masyarakat tempatan dalam memupuk semangat hospitaliti, kekitaan dan keterangkuman sosial yang menjadi teras kepada pelancongan berasaskan komuniti

Pada tahun 2024, Sabah telah merekodkan sebanyak RM15.1 juta melalui PPHM dengan kehadiran jumlah kehadiran pelancong seramai 202,053 orang terdiri daripada 135,542 orang pelancong domestik dan 66,511 orang pelancong antarabangsa. Manakala sehingga Ogos 2025 mencatatkan rekod pendapatan sebanyak RM13.1 juta, dengan jumlah kehadiran pelancong seramai 161,318 orang iaitu 115,069 orang pelancong domestik dan 46,249 orang pelancong antarabangsa. Negeri ini turut menempatkan 39 kluster homestay, 135 buah kampung, 33 buah kampungstay, 525 orang peserta dan 7 buah koperasi aktif yang menjadi penggerak utama kepada ekonomi komuniti pelancongan di Sabah.

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), MOTAC akan terus memperkukuh pelaksanaan pelancongan berasaskan komuniti selaras dengan nilai Daya Cipta MADANI, khususnya melalui sokongan dalam latihan, promosi dan pembangunan infrastruktur bagi meningkatkan daya saing sektor pelancongan luar bandar. Memetik ucapan YB Timbalan Menteri, “Bila pelancong datang ke Bambangan, mereka bukan sekadar melihat tempat, tetapi mereka merasai kasih sayang, budaya dan keindahan komuniti Sabah yang sejati.”

ShareTweetPin
Previous Post

ANUGERAH SENI NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Next Post

ASN SELANGOR 2025 MENJULANG SENI , MENGANGKAT MARTABAT SENI BERNILAI,TOKOH DIHARG

Next Post
ASN SELANGOR 2025 MENJULANG SENI , MENGANGKAT MARTABAT SENI BERNILAI,TOKOH DIHARG

ASN SELANGOR 2025 MENJULANG SENI , MENGANGKAT MARTABAT SENI BERNILAI,TOKOH DIHARG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist