SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home SWA TVI

TV ALHIJRAH LANCAR KEMPEN PROGRAM HAJI 1443H, HIDANG 9 PROGRAM TERBAHARU BUAT PENONTON

TV ALHIJRAH LANCAR KEMPEN PROGRAM HAJI 1443H, HIDANG 9 PROGRAM TERBAHARU BUAT PENONTON

Asraf Zin by Asraf Zin
June 17, 2022
in SWA TVI
Reading Time: 2 mins read
A A
0
306
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen yang mempromosikan gaya hidup Islam, TV Alhijrah, melancarkan Kempen Program Haji 1443H bermula 20 Jun 2022 hingga 13 Julai 2022 dalam usaha untuk meraikan bulan Zulhijah dan bulan Aidiladha.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, kempen tersebut dilengkapi dengan tema Baitullah Bertemu Kembali yang menjadi latar dan panduan kepada kandungan yang ditayangkan sepanjang kempen Haji 1443H berlangsung.

Menurutnya, tema tersebut jelas menyatakan objektif penyiaran TV Alhijrah sepanjang Zulhijah iaitu menjadi stesen pemangkin inspirasi yang mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah apabila berkemampuan.

Namanzee Harris ketika memberikan ucapan perasmian di Sidang Media Kempen Haji 1443H TV AlHijrah

Dalam pada itu, Namanzee sewaktu Sidang Media Pelancaran memaklumkan, jumlah tontonan sebanyak 3.3 juta tontonan sewaktu Kempen Program Haji 1442H lepas terus memacu kepada Pelancaran Kempen Program Haji bagi tahun ini.

“Jumlah tontonan ini juga telah menjadi pemangkin semangat serta suntikan motivasi untuk kami menghidangkan lebih banyak program menarik dan berkualiti pada tahun ini yang merangkumi program-program keagamaan, bual bicara, dokumentari, program masakan, rancangan khas seperti kapsul serta lintas langsung dari Mekah Al Mukarramah,” katanya.

Sidang Media Kempen Haji 1443H di Studio TV AlHijrah yang dihadiri oleh rakan media, artis dan penaja TV AlHijrah

Sehubungan itu, TV Alhijrah bakal menghidangkan Sembilan (9) program menarik dan terbaharu khas buat penonton di samping program-program yang sedia ada.

Antara program tersebut adalah Sembang Haji, Interaktif Haji, Tangisan Di Baitullah, Camca Aidiladha, Labbaikallah 2022, Seikhlas Hati, Peristiwa Arafah, Musafir Agung, Riwayat Akhir Zaman, serta paling istimewa iaitu Munajat Arafah yang akan bersiaran secara langsung bersempena Hari Arafah.

Serta, penonton turut dihidangkan dengan telefilem khas Aidiladha iaitu Campervan Haji Meon yang bakal disiarkan pada Ahad (10 Julai).

Namanzee di akhir ucapan menyeru agar masyarakat Malaysia menyebarluaskan serta mempromosikan program-program TV Alhijrah selain turut berharap agar bulan Zulhijah menjadi madrasah terbaik buat semua dalam mengemudi kehidupan ke arah yang lebih baik.

ShareTweetPin
Previous Post

SEMUA PERKHIDMATAN RAPIDKL PERCUMA SELAMA SEBULAN

Next Post

ADIBAH NOOR MENINGGAL DUNIA

Next Post

ADIBAH NOOR MENINGGAL DUNIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA MADANI 2025 BAKAL GEGAR DATARAN KERIS, ALOR GAJAH MELAKA
  • MOTAC AMBIK KIRA TEGURAN PMX
  • RM1 JUTA MENANTI FILEM TERBAIK FFM34
  • MISS M WORLD & M UNIVERSE 2025 × LnR EMPIR
  • HORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, LARANGAN MENGHIDANGKAN ARAK DALAM MAJLIS RASMI BAGI MENJAGA MARUAH ISLAM DAN IDENTITI NEGARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist