SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Politik

PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK BERKUAT KUASA 3 NOVEMBER

PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK BERKUAT KUASA 3 NOVEMBER

Asraf Zin by Asraf Zin
November 5, 2021
in Politik
Reading Time: 2 mins read
A A
0
137
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Selaras dengan Perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak yang disertakan bersama Seksyen 3(3) Ordinan, Yang di-Pertua Negeri Negeri Sarawak telah mengisytiharkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan serta merta berkuat kuasa pada 3 November 2021.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dilaksanakan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas rundingan bersama Yang di-Pertua Negeri Negeri Sarawak untuk membatalkan pengisytiharan darurat.

Hal ini merujuk kepada Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 (Ordinan) yang memperuntukkan bahawa operasi pengisytiharan darurat boleh ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Negeri Sarawak.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengisytiharkan darurat bagi seluruh negeri Sarawak berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 sehingga 2 Februari 2022 ekoran wabak pandemik COVID19 yang dilihat memberi ancaman kepada kesihatan awam khususnya di negeri Sarawak.

Hal ini sekali gus telah menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak yang patut dilaksanakan pada 7 Jun 2021 lalu terpaksa ditangguhkan sehingga melepasi tempoh 60 hari dari tarikh pengisytiharan darurat tidak lagi berkuat kuasa.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari, beliau mengatakan kerajaan beliau yang dilantik telah mengangkat sumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu beliau telah berunding dan menasihati Yang di-Pertua Negeri untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan pengisytiharan darurat lebih awal mengikut Seksyen 2(2) Ordinan.

“Kerajaan GPS merasakan bahawa adalah satu pengkhianatan kepada sumpah itu sekiranya kerajaan GPS terus berkuasa di bawah tabir darurat sedangkan mandat rakyat untuk mentadbir telahpun tamat,” kata beliau lagi.

Walau bagaimanapun, Pilihan Raya yang bakal dilaksanakan setelah pengisytiharan darurat dibatalkan juga mengutamakan kepada kesihatan dan keselamatan rakyat Sarawak.

“Kita juga sedar bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat Sarawak adalah diutamakan. Oleh itu, kami mempunyai penglibatan yang teliti dan berterusan dengan pihak berkuasa kesihatan dan yang lain agar pilihan raya diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) serta kadar vaksinasi telah mencapai tahap yang boleh diterima agar pilihan raya selamat dijalankan.”

ShareTweetPin
Previous Post

WOW KERONCONG ALONAN HALWA TELINGA

Next Post

IKATAN CINTA DIRAIKAN DENGAN SENTUHAN KONSEP PERKAHWINAN DIRAJA SECARA HYBRID

Next Post

IKATAN CINTA DIRAIKAN DENGAN SENTUHAN KONSEP PERKAHWINAN DIRAJA SECARA HYBRID

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist