SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

WOW KERONCONG ALONAN HALWA TELINGA

WOW KERONCONG ALONAN HALWA TELINGA

Asraf Zin by Asraf Zin
February 10, 2022
in Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
127
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PERSEMBAHAN santai yang menghiburkan. Itu kesimpulan mengenai program Wow Keroncong Selangor 2021 yang berlangsung di Warisan Hall Studio, Sijangkang, Selangor.

Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini menampilkan barisan artis popular iaitu Herman Tino, Raftah Bachik, Jamilah Abu Bakar, Haziq Rosebi dan ramai lagi ternyata berjaya menghiburkan hampir 300 tetamu jemputan di studio.

Tidak ketinggalan, ia turut dirakam dan disiarkan melalui platform digital JKKN TV.

Pengalaman artis yang terbabit dalam bidang seni dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mereka bagi menampilkan persembahan yang mantap.

Herman dan Raftah bijak berkomunikasi dengan tetamu kenamaan, sekali gus menghidupkan suasana dalam studio.

Herman ketika beraksi turut memuji usaha JKKN Selangor dengan penganjuran persembahan keroncong yang semakin terpinggir dari kalangan penggiat seni suara generasi baharu.

Herman mempamerkan persembahan yang mantap
Raftah, Jamilah dan Haziq gembira ketika program tersebut

Manakala Haziq dan Jamilah pula membuktikan mereka antara pelapis yang boleh mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Herman dan Raftah pada masa akan datang.

Persembahan yang diiringi oleh Ayom Keroncong ini menampilkan Herman dengan lagu Yale-Yale dan Derma Bukan Tontonan, Raftah (Kemayuran dan Nona Manis), Jamilah (Jampi) dan Haziq (Fly Me To The Moon).

Haziq dan Jamilah turut bergandingan menyanyikan ‘Medley’ irama Malaysia menerusi lagu Zapin Usik Mengusik. Malah, Jamilah turut tampil solo mempersembahkan lagu Empat Dara dan Sambutlah Kasih.

Wow Keroncong Selangor 2021 dianjurkan dengan kerjasama MOTAC Selangor, Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Ia dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat mewakili menterinya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Turut hadir ketika program tersebut ialah Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop dan Pengarah JKKN Negeri Selangor, Mohamad Raizuli Mat Jusoh.

ShareTweetPin
Previous Post

FILEM ‘PREBET SAPU’ MEWAKILI INDUSTRI SENI TANAH AIR DI ANUGERAH OSCARS !

Next Post

PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK BERKUAT KUASA 3 NOVEMBER

Next Post

PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK BERKUAT KUASA 3 NOVEMBER

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist