

Majlis Penganugerahan Seni Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 telah berlangsung pada 18 Oktober 2025 bertempat di Tanjung Lounge, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembagunan Sosioekonomi DBKL) mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN.
Tahniah kepada semua penerima:


1. Anugerah Tokoh Seni Negeri
*YBrs. Profesor Dr. Joseph Victor Gonzales*
2. Anugerah Pendukung Seni (Agensi Kerajaan/ Korporat)
*Dewan Bahasa dan Pustaka*
3. Anugerah Pendukung Seni (NGO)
*Pertubuhan Rumpun Seni Mekar Budaya*
4. Anugerah Pendukung Seni (Media)
*Radio KLFM*
5. Anugerah Penggiat Seni (Teater)
*Encik Abdul Wahab Hamzah*
6. Anugerah Penggiat Seni (Muzik)
*Encik Sivabalan a/l Shanmuga Sundraw*





