
Kuala Lumpur: Peserta Tilawah al-Quran dari Acheh, Indonesia dinobatkan johan Miskul Kalam 2.0 Piala Sharifah Khasif menggalahkan peserta dari Malaysia dan Brunei yang berlangsung hari ini.
Fadhel Joeniasyah, 28 tahun, membawa pulang hadiah berupa trofi, wang tunai RM3,000 dan cenderahati manakala tempat kedua milik peserta Malaysia, Norhazira Nabila Mohamad Kamel, 26, dari Ipoh, Perak.
Tempat ketiga pula adalah Nadirah Syazwani Sapari juga dari Malaysia manakala tempat keempat Abdul Qawiyyel Azeez Abd Rajid, 31, dari Brunei dan kelima juga dari Malaysia, Muhammad Amir Haziq Azis, 23.
Fadhel berkata, kemenangan dalam pertandingan tilawah al-Quran bukan sekadar kejayaan peribadi, sebaliknya menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus menyebarkan kecintaan terhadap kitab suci itu kepada generasi muda


