SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

ASTRO DENGAN BARISAN TUTOR TERKEMUKA BEKERJASAMA UNTUK SIRI AKADEMIK ‘SPM PRO+’

ASTRO DENGAN BARISAN TUTOR TERKEMUKA BEKERJASAMA UNTUK SIRI AKADEMIK ‘SPM PRO+’

Asraf Zin by Asraf Zin
December 7, 2021
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
36
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

KUALA LUMPUR: Astro sentiasa komited dalam menyajikan kandungan pendidikan yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur dari semasa ke semasa.

Setelah berjaya mengesan keberkesanan dalam menerbitkan ‘Oh My English’ dan ‘SMK Study Squad’, Astro sekali lagi menerbitkan sebuah siri pendidikan berbentuk ‘edutaintment’ iaitu ‘SPM PRO+’.

Yasmin Yahya, Penolong Naib Presiden, Penciptaan Kandungan – GenNext Studio Astro berkata, situasi pandemik pada masa kini telah membuatkan sesi pembelajaran semakin tercabar di kalangan pelajar sekolah terutamanya bagi mereka yang akan menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dalam usaha untuk membantu pelajar-pelajar ini, kami telah mencipta kandungan baharu iaitu SPM PRO+ bertujuan untuk mengurangkan tekanan kepada mereka semasa menghadapi peperiksaan ini kelak.”

“Kami telah mengumpulkan pasukan “pro” yang terdiri daripada tutor muda dan popular yang boleh menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan, namun pada masa yang sama kekal bermanfaat,” ujarnya lagi.

Mereka yang membarisi barisan tutor ini adalah antaranya Iqbal Ahyar, Ifwat Rosdi, Syahmi Azizi, Syuhadak Seplee, Maryam Khan, Farez Atan dan PU Azman yang mengutamakan misi utama iaitu membantu para pelajar berjaya dalam SPM mereka.

Manakala menurut Edison Cheam, Penolong Naib Presiden Kandungan Asal Astro, beliau turut berkata Astro juga ada menawarkan kandungan Pendidikan 360 darjah (secara menyeluruh) dalam talian.

“Pelajar boleh mengakses nota ringkas tambahan, soalan Latihan dan video lain di Upped www.upped.com.my, portal Pendidikan Astro secara percuma. Laman web ini akan memuatnaik rujukan terkini subjek-subjek yang disiarkan di SPM PRO+ dan juga subjek-subjek yang tidak diliputi dalam rancangan tersebut seperti Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perakaunan, Perniagaan dan Matematik Tambahan,” katanya.

SPM PRO+ yang merangkumi mata pelajaran teras boleh ditonton menerusi On Demand, Astro GO serta tontonan setiap hari dari Isnin hingga Sabtu pukul 9.00 malam di saluran Astro Tutor TV (CH603). Terdapat sejumlah 180 episod dalam siri ini dan setiap episode berdurasi tujuh (7) minit.

Semua program pendidikan Astro boleh distrim melalui aplikasi Astro Go dan On Demand menerusi Astro PVR Box atau Ultra Box. Orang ramai boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo.

ShareTweetPin
Previous Post

SOP DI INSTITUSI PENDIDIKAN MASIH PERLU DIPANTAU

Next Post

PROGRAM NOSTALGIA ZAMAN SILAM ; MARTABAT SENI WARISAN KEDAH

Next Post

PROGRAM NOSTALGIA ZAMAN SILAM ; MARTABAT SENI WARISAN KEDAH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist