SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

JANGAN AMBIK MUDAH ISU SEXSUAL REMAJA TANAH AIR-NAIM

JANGAN AMBIK MUDAH ISU SEXSUAL REMAJA TANAH AIR - NAIM

SWA TV by SWA TV
April 18, 2025
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan MADANI memandang serius laporan mengenai peningkatan kes rogol dan sumbang mahram membabitkan remaja bawah umur seawal 10 tahun dan perkara ini sangat membimbangkan. Gejala seksual remaja merupakan satu petunjuk dan petanda kurang sihat yang menunjukkan amalan hidup berisiko tinggi yang boleh mengancam kesejahteraan generasi muda. Jika fenomena sosial ini terus dibiarkan tanpa strategi yang berkesan oleh semua pihak berkepentingan, ianya akan menyebabkan satu situasi kecemasan sosial (social emergency) yang lebih parah. Kanak-kanak dan remaja hari ini terdedah kepada lambakan bahan berunsur lucah dan seksual melalui media digital tanpa tapisan. Akibatnya, ramai yang terjerumus dalam gejala seksual atas faktor ingin mencuba ataupun akibat eksploitasi oleh golongan dewasa yang tidak bertanggungjawab. Tidak dinafikan, kanak-kanak dan remaja hari ini terdedah kepada bahan berunsur lucah dan seksual yang melimpah ruah dalam media teknologi digital. Akibatnya, mereka mudah terjebak dengan gejala seksual disebabkan keinginan mencuba atau pun dieksploitasi oleh golongan dewasa yang mengambil kesempatan.

Gejala ini perlu ditangani segera dengan pendekatan strategi yang bersepadu dan holistik, melibatkan semua pihak khususnya ibu bapa sebagai pendidik utama, masyarakat dan pihak berwajib. Strategi pencegahan berupa Pendidikan Seksualiti Holistik (PSH) yang memberi penekanan kepada lima dimensi seksualiti iaitu intelek, emosi, sosial, spiritual dan fizikal (biologi) perlu dipertingkat. Pendidikan Seksualiti Holistik (PSH) mestilah merangkumi tiga elemen utama: 1) Disesuaikan dengan tahap usia kematangan anak-anak; 2) Berasaskan nilai agama, budaya dan adat resam; 3) Berdasarkan data kajian saintifik yang tepat. Ibu bapa dan golongan dewasa mestilah diberikan pengetahuan asas berkaitan Pendidikan Seksualiti Holistik (PSH), serta dilatih dengan kemahiran berkomunikasi dengan anak remaja berkaitan aspek seksualiti secara selamat dan hormat. Remaja mestilah diperkasa dengan ilmu pengetahuan asas PSH untuk membantu mereka membuat keputusan yang bijak dan sejahtera berkaitan aspek seksualiti mereka sendiri.

Bagi anak-anak remaja yang telah terjebak dengan gejala seksual pula, usaha perlu difokuskan kepada kaedah mengurangkan risiko (harm reduction) berlakunya masalah kesihatan mental, kehamilan remaja, pengguguran dan jangkitan kelamin di kalangan remaja perempuan dan lelaki. Ibu bapa kepada remaja yang sudah terbabit mestilah juga diberi kesedaran untuk melindungi anak remaja mereka dari terus mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi. Tindakan undang-undang yang lebih tegas perlu diambil ke atas individu atau pihak yang bertanggungjawab melakukan eksploitasi seperti amang seksual, cabul dan rogol yang merosakkan remaja. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Isra’, ayat 32: “Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Sabda Rasulullah SAW: “Wahai golongan pemuda, barang siapa yang mampu (dari segi fizikal dan kewangan), maka hendaklah dia berkahwin. Kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Islam juga mengajar bahawa setiap individu wajib menjaga maruah dirinya dan menjauhi segala bentuk fitnah dan kerosakan. Usaha menjaga kehormatan dan keturunan bukan hanya tanggungjawab peribadi, malah satu amanah sosial yang wajib dipikul bersama.

Saya menyeru semua pihak, institusi keluarga, sekolah, masjid, NGO dan agensi kerajaan untuk berganding bahu membentuk ekosistem sokongan yang selamat dan berkesan bagi membimbing remaja kita ke arah jalan yang lebih baik dan diredai Allah SWT.

ShareTweetPin
Previous Post

“MALAM RINDU BAYANGAN”

Next Post

CORETAN DARI YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Next Post
CORETAN DARI YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

CORETAN DARI YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist