SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

JERAYAWARA SENI DWIMUSIM KUALA TERENGGANU 2023

SEMARAK SENI BERSAMA BALAI SENI NEGARA MENERUSI PROGRAM JERAYAWARA SENI DWIMUSIM KUALA TERENGGANU 2023

SWA TV by SWA TV
June 17, 2023
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
184
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

17 JUN 2023 Kuala Terengganu– Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi agensinya, Balai Seni Negara menganjurkan Program Jerayawara Seni Dwimusim Kuala Terengganu 2023 bertemakan Lindungan dan Dagangan. Program yang bermula pada bulan Disember tahun 2022 itu bermatlamat untuk memetakan aktiviti komuniti kreatif Kuala Terengganu dalam bentuk pameran, seni awam, simposium antarabangsa
dan aktiviti bersama komuniti.

Program Jerayawara Seni Dwimusim Kuala Terengganu 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha MOTAC bersama Yang Berhomat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri, Terengganu di Bangunan Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Terengganu.

Program yang mengangkat kearifan tempatan, produk seni, budaya dan warisan negeri ini membawakan pelbagai pengisian aktiviti. Antaranya ialah Pameran KU.POL yang dikurasikan oleh pasukan kuratorial Balai Seni Negara, menghimpunkan koleksi kotak beca daripada Koleksi Seni Negara yang dihasilkan oleh pelukis, Encik Dahlan Sulaiman dan sebuah beca yang berasal dari Kuala Terengganu, belian koleksi pada tahun 2001.
Jerayawara Seni Dwimusim Kuala Terengganu 2023 turut membawakan Program Doktong oleh kolektif Mandalika iaitu program dan aktiviti seni dalam mengetengahkan kearifan tempatan, bakat dan produk tempatan. Turut serta adalah Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) menerusi bengkel dan demonstrasi lukisan kotak beca.

Selain itu, pelbagai seni awam (public art) telah dihasilkan yang bakal menjadi tarikan dan pengalaman baharu buat pengunjung negeri berkenaan. Antaranya ialah Mural Tiang Jambatan Sultan Mahmud Almuktafibillah Shah (Jambatan Duyong) 2.0, Mural Tukang Bot KLaut, Wokaf Awang Sulong dan Arca Awam: The Diversity of Batik Technique: Bamboo Construction and Batik Installation. Seni awam ini mendapat penglibatan pelukis dari Malaysia serta jemputan kolaborasi kepada penggiat seni luar negara iaitu Pattani, Thailand.

Sempena perasmian program ini, Balai Seni Negara turut menganjurkan beberapa program komuniti seperti Program Tembok Seni iaitu program melukis mural bersama dua pelukis muda Yaulacap dan Mie Ali yang disertai oleh warga tempatan dalam usaha untuk memperindah ruang dinding awam di luar Pusat Akuatik Kuala Terengganu. Seterusnya, orang ramai juga dapat menyertai lawatan berpandu melalui Program Telusur Seni untuk melihat serta meneroka seni awam yang menjadi tarikan terbaharu di Kuala Terengganu.

Maklumat lanjut mengenai program ini, layari laman sesawang www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara.

ShareTweetPin
Previous Post

KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI

Next Post

A CELEBRATION OF CLASSICAL MUSIC LAMBANG SARI SERIES 2023

Next Post
A CELEBRATION OF CLASSICAL MUSIC LAMBANG SARI SERIES 2023

A CELEBRATION OF CLASSICAL MUSIC LAMBANG SARI SERIES 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • (no title)
  • Sos cili pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibharim kini menembusi pasaran Berunai
  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist