SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

KARYAWAN MAHU PENGGIAT FILEM DIBAYAR ‘RESIDUAL’ DAN ROYALTI

KARYAWAN MAHU PENGGIAT FILEM DIBAYAR ‘RESIDUAL’ DAN ROYALTI

Asraf Zin by Asraf Zin
October 28, 2021
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
Gamber: Free Malaysia Today

Gamber: Free Malaysia Today

14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mencadangkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) supaya membayar ‘residual’ dan royalti kepada penggiat filem tempatan termasuk pelakon, pengarah dan penerbit.

Dalam pada itu, KARYAWAN juga telah mengusulkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) supaya memperkenalkan peraturan yang baharu kepada semua stesen iaitu menghentikan kaedah ‘outright buyout’ dengan menggantikannya kepada ‘residual’ serta kutipan royalti untuk hak cipta sesebuah karya atau rancangan bagi tujuan siaran.

Presiden KARYAWAN, Freddie Fernandez berkata, penggiat filem dan televisyen tempatan sebelum ini tidak pernah dibayar sebarang royalti atau bayaran ‘residual’ untuk karya mereka yang ditayangkan di televisyen.

“Mereka sentiasa dibayar secara ‘one-off payment’ sahaja dan tidak layak menerima apa-apa bayaran selepas itu walaupun karya mereka digunakan untuk berpuluh-puluh tahun selepas penerbitan asal.”

“Malah, ada juga pihak yang mengusahakan sesebuah terbitan tidak mendapat apa-apa bayaran langsung biarpun karya filem dan televisyen ditayangkan di negara luar,” tambahnya lagi.

Presiden KARYAWAN itu juga turut menyatakan contoh karya terbaik yang tidak menerima sebarang imbuhan setelah sekian lama diterbitkan antaranya adalah karya-karya milik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang telah diterbitkan lebih 50 tahun dan juga rancangan siri komedi ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ yang ditayangkan lebih 30 tahun di kaca televisyen.

“Sudah tiba masanya dasar ini diubah untuk memastikan karyawan yang terlibat dalam sesebuah produksi diberi sedikit imbuhan apabila karya itu ditayangkan bertahun-tahun, berbanding berbanding dengan karya yang hanya disiarkankan sekali dua di kaca televisyen,” kata Freddie Fernandez.

Jelas Freddie lagi, kaedah membuat ‘outright buyout’ untuk hak cipta sesebuah karya atau rancangan untuk tujuan siaran perlu dihentikan di semua stesen televisyen.

“Sebaliknya apa yang dibayar stesen itu merupakan hak siaran sahaja di mana ia harus dipersetujui bahawa stesen akan menyiarkan bahan itu.  Sebagai contoh, dua kali dalam dua tahun sahaja.”

“Selepas dua tahun pertama ini apa-apa siaran ulangan yang dilakukan akan diberikan bayaran berlebihan.”

“Bayaran ini akan dibahagikan sama rata antara tiga kumpulan antaranya pihak pertama iaitu penerbit yang keluarkan modal dan memegang hakcipta, pihak kedua; penulis skrip dan pengarah yang menghasilkan jalan cerita dan lakon layar manakala pihak ketiga; pelakon utama dan sokongan yang mempunyai dialog dalam karya tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, sebuah badan kutipan royalti akan ditubuhkan sebagai syarikat berhad di mana semua penerbit, pengarah, penulis skrip serta pelakon akan diminta untuk daftarkan diri mereka serta karya-karya mereka untuk tujuan bayaran royalti dan ‘residual’.

ShareTweetPin
Previous Post

“BUY ART MALAYSIA (BUY)” JANA SEMULA EKONOMI NEGARA

Next Post

BUDAK PEREMPUAN MENDAKWA HAMPIR DICULIK ‘ VAN PUTIH ‘

Next Post
BUDAK PEREMPUAN MENDAKWA HAMPIR DICULIK ‘ VAN PUTIH ‘

BUDAK PEREMPUAN MENDAKWA HAMPIR DICULIK ' VAN PUTIH '

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist