SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

KUASA MENTERI KEKAL KE ATAS LEMBAGA TABUNG HAJI

SWA TV by SWA TV
July 24, 2021
in Info@swatv
Reading Time: 3 mins read
A A
0
30
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUASA MENTERI KEKAL KE ATAS LEMBAGA TABUNG HAJI

“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;(Surah al-Mu’minun: 8)

Alhamdulillah, kami panjatkan segala kepujian kepada yang Maha Esa lagi Maha Kaya.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan dan merakamkan jutaan terima kasih
atas keprihatinan dan kecaknaan semua pihak terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kewangan Malaysia berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini. Ia
jelas menunjukkan betapa kita semua amat menyayangi Tabung Haji sebagai sebuah
institusi kewangan terbesar milik umat Islam di Malaysia.

Bertitik tolak daripada siaran akhbar TH yang dikeluarkan sebentar tadi dengan tajuk “TH:
Kepentingan Pendeposit Terpelihara dan Akan Ditambah Baik”, saya sertakan di sini
noktah-noktah penting untuk difahami oleh semua pihak berkaitan Cadangan
Penambahbaikan Pengurusan dan Operasi TH yang diuar-uarkan baru-baru ini.

1. Cadangan Penambahbaikan Pengurusan dan Operasi TH adalah bertujuan untuk
mewujudkan penambahbaikan dalam pengoperasian TH, selaras dengan hasrat
Kerajaan untuk menjunjung nilai integriti dan tadbir urus yang baik berasaskan 8
prinsip utama yang digariskan United Nations Economic and Social Commission
for Asia and the Pacific (UNESCAP). Konsep tadbir urus yang baik juga dianjurkan
dalam Islam, berdasarkan manifestasi tertinggi konsep ihsan sebagaimana yang
dinyatakan dalam hadith:

Maksudnya:

“Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau nampaknya namun
jika engkau tidak mampu maka ingatlah bahawa Dia melihat engkau.”
(Riwayat al-Bukhari, No. 50)

Tadbir urus yang baik (good governance) berteraskan maqasid al-syariah sudah
pasti bermatlamatkan untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Sebagai Muslim, kita
meyakini bahawa Allah SWT adalah Maha Melihat (Al-Basir), Maha Mengetahui
(Al-‘Alim) dan Maha Membalas (Al-Muntaqim). Maka, sewajarnya ia dilaksanakan
dengan sebaiknya.

2. Oleh kerana TH diamanahkan untuk menjaga wang lebih 8.3 juta pendeposit,
pengoperasian TH perlulah dilaksanakan dengan jujur, amanah dan berintegriti.
Pemusatan kuasa yang terlalu besar ke atas suatu individu atau pihak, bagi
institusi kewangan terbesar umat Islam ini, dikhuatiri boleh membuka jalan
kepada ketidakcekapan tadbir urus yang bakal membawa mafsadah besar kepada
TH. Oleh itu, perlunya satu kawalselia dari badan yang berkepakaran seperti
Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan TH kekal pada landasannya.

3. Pelaksanaan Model Baharu Operasi TH ini adalah untuk menambahbaik tadbir
urus dan model perniagaan TH dan akan diteliti secara bersama oleh Jabatan
Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, BNM dan TH. Ini bagi
memastikan TH sentiasa mampan dalam menguruskan ibadah haji umat Islam di
Malaysia, di samping melaksanakan perniagaan dan pelaburan bagi memberikan
potensi pulangan yang baik untuk pendeposit, sekaligus menjana ekonomi umat
Islam.

4. Pun begitu, saya menegaskan bahawa kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) ke atas TH, selaras dengan peruntukan Seksyen 10 Akta
Tabung Haji 1995 akan terus kekal, terutamanya dari segi operasi dan
penyelarasan Jemaah Haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) juga akan terus kekal sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi TH bagi
memastikan hak umat Islam dan bakal jemaah haji terpelihara.

5. Pengawalseliaan BNM ke atas TH sama sekali tidak akan menghakis hak Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan umat Islam ke atas TH. Ini
kerana setiap institusi kewangan yang dikawalselia BNM mempunyai model
pengurusan berbeza dan boleh terus mengekalkan punca kuasa sedia ada, seperti
Bank Rakyat yang masih di bawah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
walaupun dikawalselia oleh BNM.

Saya mengharapkan agar semua umat Islam dapat memberikan kepercayaan kepada
saya, YB Menteri Kewangan, serta kerajaan dalam melaksanakan penambahbaikan ke
atas TH. Sesungguhnya TH mempunyai signifikan yang besar ke atas umat Islam. Perkara
yang utama adalah untuk memperkasa TH serta berada dalam situasi tadbir urus yang
diyakini tanpa sebarang keraguan. Kami akan terus memastikan hak umat Islam kekal
terpelihara melalui penambahbaikan operasi TH. Semoga TH terus maju dalam
menguruskan amanah umat Islam dan bakal jemaah haji Malaysia. Saya menutup
kenyataan ini dengan mengajak kita semua berdoa dan bermunajat kepada-Nya.
َ

“Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan
kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan
rezekikanlah kami untuk menjauhinya dan janganlah Kamu jadikannya keliru atas kami
yang menyebabkan kami menyimpang dari kebenaran dan jadikanlah kami bagi orang
yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
18 JULAI 2021 BERSAMAAN 8 ZULHIJAH 1442H

TERIMA KASIH DARI SWA TV MEDIA

ShareTweetPin
Previous Post

MISI AZLAN TYPEWRITER GAGAL! 

Next Post

BUAH TANGAN TERBAHARU DARI KHAI BAHA

Next Post
BUAH TANGAN TERBAHARU DARI KHAI BAHA

BUAH TANGAN TERBAHARU DARI KHAI BAHA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist