SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

LEBUHRAYA PAN BORNEO ZON TIMUR DILANCARKAN

LEBUHRAYA PAN BORNEO ZON TIMUR DILANCARKAN

Asraf Zin by Asraf Zin
November 6, 2021
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
Sumber Foto: BERNAMA

Sumber Foto: BERNAMA

21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan projek Lebuhraya PAN Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid.

Perdana Menteri berkata, projek itu membabitkan tiga pakej iaitu pakej 28, 29 dan 30, sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta.

Beliau berkata, skop projek itu membabitkan kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan tiga jambatan baharu, dan satu persimpangan bertingkat.

“Apabila siap kelak, laluan ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat kepada penduduk,” katanya ketika berucap melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Ismail Sabri berkata, pembinaan bagi projek itu telah bermula bulan ini dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun iaitu pada bulan Oktober 2024.

Katanya, laluan itu juga akan mempermudahkan urusan logistik dan pasaran hasil pertanian di Telupid, dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar Sandakan.

“Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian infrastruktur jalan raya yang terancang, sistematik dan efisien, buat Keluarga Malaysia, di sini.

“Ia sekali gus memastikan pembangunan sosioekonomi yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini, selari dengan hala tuju strategik Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan,” katanya.

Prihatin terhadap masalah capaian internet di luar bandar di Sabah, Perdana Menteri berkata, di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA), kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion untuk membangunkan 534 menara telekomunikasi di Sabah.

SUMBER: BHarian

ShareTweetPin
Previous Post

IKATAN CINTA DIRAIKAN DENGAN SENTUHAN KONSEP PERKAHWINAN DIRAJA SECARA HYBRID

Next Post

SUNTIKAN VAKSIN BAWAH 12 TAHUN MASIH BELUM DIPUTUSKAN

Next Post
SUNTIKAN VAKSIN BAWAH 12 TAHUN MASIH BELUM DIPUTUSKAN

SUNTIKAN VAKSIN BAWAH 12 TAHUN MASIH BELUM DIPUTUSKAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist