SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

Program Hospital Pelancongan pemangkin pendapatan RM3 bilion dan 2.5 juta pelancong bagi 2025

Program Hospital Pelancongan pemangkin pendapatan RM3 bilion dan 2.5 juta pelancong bagi 2025

SWA TV by SWA TV
December 10, 2025
in Info@swatv, Kesihatan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
35
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, Malaysia menjangkakan beroleh pendapatan RM3 bilion dan ketibaan 2.5 juta pelancong kesihatan pada tahun ini susulan kejayaan Program Hospital Pelancongan Perubatan Utama (FMTH) 2025 yang turut memperkukuh kedudukan negara sebagai hab rawatan bertaraf dunia.

Sasaran agresif dan lonjakan signifikan daripada FMTH itu diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sambil menegaskan, sektor pelancongan perubatan kekal sebagai pemacu penting ekonomi yang menyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Pada 2024, Malaysia berjaya menerima 1.6 juta pelancong kesihatan dengan jumlah hasilnya mencecah RM2.72 bilion,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Hospital Pelancongan Perubatan Utama di Damansara, Kuala Lumpur.

Ketika ini negara-negara Asia Tenggara kekal sebagai penyumbang terbesar pelancong perubatan ke Malaysia sekali gus mengukuhkan keyakinan antarabangsa terhadap penjagaan kesihatan negara kita yang disokong jarak dekat geografi, keserasian budaya dan tawaran rawatan berpatutan, lapor siaran media majlis itu.

Dengan pencapaian tersebut tambah Dzulkely, Malaysia kini berada pada laluan kukuh untuk menuju Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia (MYMT) 2026 malah prestasi ini akan terus disokong standard klinikal bertaraf dunia dan pengalaman pesakit yang semakin diperkemas.

Sementara itu Island Hospital, Pulau Pinang dinobatkan sebagai penerima anugerah utama FMTH 2025 iaitu Kecemerlangan Pertumbuhan Hasil Pelancongan Kesihatan selain memenangi anugerah sampingan, Inovasi Digital Dalam Penyampaian Perkhidmatan Pesakit.

Anugerah lain yang disampaikan ialah Kecemerlangan Perubatan dan Kecemerlangan Teknologi Perubatan dimenangi Institut Jantung Negara (IJN), Peneraju Kerjasama Strategik Industri milik Mahkota Medical Centre, Melaka dan Kecemerlangan Keunggulan Jenama kepada Subang Jaya Medical Centre.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Suriaghandi Suppiah berkata, para pemenang FMTH dipilih melalui proses penilaian ketat oleh badan bebas antarabangsa termasuk Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) dan Kumpulan Perunding APAC-IQVIA.

“Penilaian ini merangkumi audit hasil klinikal, pengalaman pesakit dan prestasi operasi di mana Malaysia kini menjadi tumpuan dalam rawatan kardiotorasik pediatrik, persenyawaan in-vitro (IVF), onkologi, kardiologi, gastroenterologi dan prosedur berteknologi tinggi termasuk robotik,” katanya.

Wakil Island Hospital, Lim pula menyampaikan penghargaan atas pengiktirafan dan penerimaan dua anugerah FMTH 2025 dan menegaskan komitmen hospital itu untuk terus membawa jenama perubatan Malaysia ke peringkat global.

Siaran media itu menambah, FMTH merupakan inisiatif transformasi nasional yang diselia secara berperingkat sejak 2021 hingag 2025 yang bertujuan meningkatkan daya saing dalam ekonomi perubatan negara pada peringkat global.

“Menjelang akhir 2022, keempat-empat hospital finalis menjalani semakan audit kemajuan teknologi dan keunggulan servis rawatan setiap enam bulan, bimbingan strategik dan usaha pemasaran bersama rakan kongsi kerajaan.

“Pemenang FMTH akan berperanan sebagai hospital duta pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta memperkasa identiti Malaysia sebagai destinasi kecemerlangan perubatan dan penjagaan menyeluruh,”

(From Left) All finalists with YBhg Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Brand Ambassador, Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, YBhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Secretary General, Ministry of Health, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Minister of Health and Chairman of Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), Yang Berusaha En. Suriaghandi Suppiah, Chief Executive Officer, Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
(From Left) All finalists with YBhg Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Brand Ambassador, Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Secretary General, Ministry of Health, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Minister of Health and Chairman of Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), Yang Berusaha En. Suriaghandi Suppiah, Chief Executive Officer, Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
ShareTweetPin
Previous Post

马来西亚计划到2025年将创造30亿令吉的收入并吸引250万游客

Next Post

Vanessa Reynauld Lancar Single Mandarin Pertamanya ‘Would You Leave Me Too?’ pada 28 November 2025

Next Post
Vanessa Reynauld Lancar Single Mandarin Pertamanya ‘Would You Leave Me Too?’ pada 28 November 2025

Vanessa Reynauld Lancar Single Mandarin Pertamanya ‘Would You Leave Me Too?’ pada 28 November 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist