SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

Takbir Raya Bukan Untuk Dipermainkan & Dijadikan Bahan Gurauan – YB TMA

Takbir Raya Bukan Untuk Dipermainkan & Dijadikan Bahan Gurauan – YB TMA

SWA TV by SWA TV
April 10, 2025
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
74
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Merujuk kepada beberapa video yang menggunakan rakaman suara Takbir Raya Aidilfitri YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang sengaja disunting audionya – agar kedengaran perlahan (slow motion) dan dijadikan bahan gurauan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bukan semua perkara perlu dibangkang; bukan semua benda boleh dijadikan bahan sindiran dan gurauan sinikal.

Antara amalan sunnah yang boleh diamalkan ketika sambutan Aidilfitri – ialah memperbanyakkan Takbir Raya Aidilfitri; iaitu bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) Syawal dan berakhir setelah selesainya kemuncak Hari Raya.

Ia adalah perkara yang disunatkan berdasarkan firman Allah Subahanahu wa-Ta’ala: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah: Ayat 185)

Hadis riwayat Anas pula menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam bersabda: “Hiasilah Hari Raya kamu dengan bertakbir.”

Takbir Raya adalah tanda keinsafan serta pengagungan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala atas segala nikmat-Nya.

Setelah sebulan berpuasa dan diberikan kesempatan beribadah dan menikmati bulan penuh hidayah – Ramadan, umat Islam melaungkan takbir dengan penuh gema kegembiraan.

Ia juga sebagai lambang perpaduan dan kekuatan ummah – kerana semua umat Islam bertakbir bersama di Malaysia dan seantero dunia.

Kebersamaan yang ditonjolkan dalam Takbir Raya menjadi penyubur ukhwah dalam mengukuhkan hubungan sesama umat Islam, tanpa mengira warna kulit mahupun latar belakang.

Sewaktu Takbir Raya, kita menzahirkan pengharapan agar Allah Subhanahu wa-Ta’ala membantu kita semua dalam menghancurkan musuh-musuh-Nya.

Melaungkan Takbir Raya sewajarnya dilihat dari aspek penghayatan dan simbolik keindahan amalan tersebut – bukan sejauh mana kemerduan atau kelunakan suara sesiapa juga yang melakukannya.

Jadi, tidak wajar kita mempermainkan Takbir Raya atas nama gurauan atau semata-mata kerana perbezaan sokongan ideologi politik kepartian.

Kritiklah dengan fakta jika ada perkara yang tidak dipersetujui, bicaralah dengan hujah yang benar – dan dikaji secara bersungguh.

Berbeza pandangan tidak salah; namun jangan sampai tahap menghina, mengaib dan memfitnah, apalagi dengan perkara berkait kesucian nama Allah Subhanahu wa-Ta’ala serta ketinggan Islam sebagai agama yang kita semua cintai.

Bersesuaian dengan semangat Takbir Raya, ia seharusnya menyuntik semangat kita untuk terus komited dengan keyakinan kepada Islam, serta menjadikan kita sebagai Mukmin sejati, yang menampilkan akhlak dan adab yang tinggi.

Bertaqwalah – kerana Allah tidak melihat selucu atau setular mana bahan kandungan yang kita muat naik ke media sosial kita – sebaliknya iman dan taqwa kita yang menjadi pengukur amalan di Akhirat kelak.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!
La ilaha illa Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd!”

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

ShareTweetPin
Previous Post

APABILA PPIM TELAH BERSUARA DI MAJLIS RAYA MEREKA

Next Post

YB TMA lawat mangsa di PPS Dewan Masjid Putra Heights

Next Post
YB TMA lawat mangsa di PPS Dewan Masjid Putra Heights

YB TMA lawat mangsa di PPS Dewan Masjid Putra Heights

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist