SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

PENINGKATAN KES DALAM KALANGAN MANGSA BANJIR MENJADI 361 KES BAHARU , HARI INI

PENINGKATAN KES DALAM KALANGAN MANGSA BANJIR MENJADI 361 KES BAHARU , HARI INI

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
December 22, 2021
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 361 kes baharu positif COVID-19 yang membabitkan mangsa banjir di tujuh negeri yang terjejas .

Ketua Pengarah Kesihatan , Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah , berkata pihaknya masih memantau keadaan wabak ini di 415 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) , dan setakat ini , masih lagi tiada kes positif yang dilaporkan daripada kawasan tersebut .

Seramai 65,114 mangsa yang dilaporkan terjejas akibat banjir , terdiri daripada negeri Kelantan , Pahang , Selangor , Negeri Sembilan , Perak , Kuala Lumpur , dan Melaka .

“Pada hari ini , seramai 963 (27.2%) daripada 3,438 mangsa banjir diperiksa dan diberi rawatan pesakit luar oleh pasukan perubatan di PPS .

“Seramai 203 mengalami Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) ; Penyakit Kulit (50) ; Acute Gastroenteritis (AGE) (13) ; penyakit kaki , tangan dan mulut (HFMD) (1) dan 43 mangsa lagi menghidap lain-lain penyakit berjangkit ,” jelasnya .

Dalam kesempatan itu , Dr Noor Hisham mengingatkan mangsa banjir untuk sentiasa peka dengan status risiko COVID-19 masing-masing , dan jika disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat , mereka perlu segera maklumkan perkara tersebut kepada anggota penyelamat agar tindakan sewajarnya dapat diambil ketika proses pemindahan dan penyelamatan .

Malah , beliau juga menekankan tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu di antara mangsa banjir atau anggota penyelamat sewaktu proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS , selain sentiasa memakai pelitup muka , mengamalkan penjarakan fizikal , dan maklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19 .

Bukan itu sahaja , peringatan kepada para petugas dan sukarelawan juga turut diberi , di mana , pemakaian pelindung diri semasa operasi pemindahan mangsa banjir atau ketika melakukan proses pembersihan pasca banjir adalah diwajibkan . Mereka juga perlu segera membersihkan diri yang terkena air banjir dengan air yang bersih dan mengamalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun apabila pergi ke tempat gunasama , misalnya tandas .

“Mereka juga perlu mengelakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir ; sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor dan mengelakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar .

“Sekiranya bergejala , segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas , kanak-kanak , wanita hamil , dan juga individu yang mempunyai komorbiditi ,” katanya .

Dr Noor Hisham berkata , pihaknya akan sentiasa memantau keadaan semasa , dan menjalankan aktiviti kawalan & pencegahan yang ketat supaya penyakit berjangkit ini tidak akan merebak , meskipun negara sedang berlaku bencana banjir yang teruk .

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan terkini mengenai info bencana banjir , rakyat boleh melayari laman sesawang  https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index .

ShareTweetPin
Previous Post

KKM GANTUNG SEMENTARA JUALAN TIKET VTL MALAYSIA-SINGAPURA

Next Post

PGDM MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN KE TABUNG BANTUAN BANJIR

Next Post

PGDM MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN KE TABUNG BANTUAN BANJIR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist