Ekoran banjir yang telah melanda negara berpunca daripada hujan yang berterusan beberapa hari yang lalu, banyak agensi-agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir.
Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM) juga turut membuka tabung bantuan banjir bagi kawasan Shah Alam, Klang serta kawasan-kawasan lain yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku.
PGDM bukan sahaja menerima bantuan berbentuk wang, mereka turut menerima bantuan berbentuk barang keperluan seperti barangan keperluan asas, lampin dan susu bayi, tuala wanita, selimut, peralatan sekolah serta kit kebersihan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Sumbangan berbentuk wang tunai boleh disalurkan ke Pertubuhan Generasi Digital Media di akaun AmBank (8881044662229) dan sebarang pertanyaan boleh berhubung En Fendi di talian 013-4540052 atau Cik Yuni di talian 019-3070882.
SUMBER FOTO: FACEBOOK GENERASI DIGITAL MEDIA