Dalam pembentukan barisan kabinet baharu ia harus berdasarkan keperluan negara dan kewibawaan yang ditonjolkan oleh barisan kepimpinannya.
Pelantikan pemimpin kabinet kerajaan tidak boleh dibuat atas faktor membalas budi diatas sokongan yang menyebabkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menang sehingga belaiu dialantik menjadi Perdana Menteri kesembilan.
“Melantik ahli Parlimen bagi tujuan membalas budi, kluster mahkamah dan mereka yang tidak mempunyai integriti bagi memegang jawatan ia harus dihentikan
Rakyat mahukan nasib mereka terbela serta suara mereka didengari.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Jumaat berkata, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.
Dalam pada itu, Zamani berkata, tindakan melantik ahli-ahli politik menerajui badan berkaitan kerajaan (GLC) juga perlu dihentikan dan diganti dengan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang diterajui.