SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PENCALONAN BERSAMA KEBAYA KE UNESCO

REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY BAGI TAHUN 2023

SWA TV by SWA TV
November 23, 2022
in Info@swatv, Nasional, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
85
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

23 November 2022 – Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
sedang menerajui inisiatif untuk mengangkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke
UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of
Humanity bagi tahun 2023. Warisan kebudayaan yang dikongsi oleh negara-negara
serantau akan dicalonkan secara bersama negara Brunei, Singapura dan Thailand.
Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang
Melayu, Peranakan Cina, Chitty dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara
lain di Asia Tenggara. Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan tidak
ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik
jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional.
Kebaya juga mempunyai kaitan rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis
perayaan dan perkahwinan. Terdapat komuniti pembuat dan pemakai Kebaya yang
sentiasa aktif berkongsi ilmu dan nilai sosio-budaya Kebaya dari generasi ke generasi.
Sehubungan itu, Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk
mencalonkan Kebaya secara bersama kerana ia mewakili dan meraikan kekayaan
warisan bersama, menggalakkan pemahaman silang budaya agar ia terus kekal
diamalkan oleh pelbagai komuniti di seluruh Asia Tenggara.

Semua negara tersebut telah berbincang dan bersetuju untuk bekerjasama bagi
pencalonan bersama Kebaya, memandangkan ianya adalah warisan bersama yang

diamalkan di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ini merupakan peluang yang baik
untuk mempromosi serta meraikan warisan bersama yang wujud di rantau ini.

Susulan kepada persetujuan tersebut, Bengkel Penyediaan Borang Pencalonan Kebaya
ke UNESCO telah diadakan pada 1 hingga 3 November 2022 di Port Dickson, Negeri
Sembilan untuk menyediakan dossier pencalonan yang melibatkan wakil negara-negara
tersebut.

Penyerahan dokumen pencalonan oleh semua negara dijadualkan pada penghujung
bulan Mac 2023 untuk proses inskripsi pada tahun berikutnya, sekiranya pencalonan ini
berjaya. Negara-negara yang terlibat dalam proses ini mengalu-alukan penglibatan
negara serantau yang lain untuk menyertai pencalonan bersama ini.
UNESCO di bawah Konvensyen 2003 bagi melindungi warisan kebudayaan tidak ketara
amat menitikberatkan pencalonan secara bersama untuk menjadikan budaya sebagai
platform persefahaman dan dialog bersama, sekali gus menjadikan proses
penyenaraian sebagai peluang untuk kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.

______________________________________________________________________

ShareTweetPin
Previous Post

PADA Mesyuarat BN tegang MCA gesa Zahid berundur serta isu surat sokong Anwar

Next Post

SARAWAK TINGKATKAN USAHA MENARIK PASARAN PELANCONG MUSLIM

Next Post
SARAWAK TINGKATKAN USAHA MENARIK PASARAN PELANCONG MUSLIM

SARAWAK TINGKATKAN USAHA MENARIK PASARAN PELANCONG MUSLIM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist