SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

PROGRAM NOSTALGIA ZAMAN SILAM ; MARTABAT SENI WARISAN KEDAH

PROGRAM NOSTALGIA ZAMAN SILAM ; MARTABAT SENI WARISAN KEDAH

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
February 10, 2022
in Senitv.com
Reading Time: 3 mins read
A A
0
280
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
PENDANG – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMSB) : Nostalgia Zaman Silam , 4 Disember lalu dalam usaha untuk mempromosikan Perkampungan Adat Melayu Seri Banian sebagai salah satu destinasi pelancongan budaya yang mampu menjana ekonomi masyarakat tempatan .
.
Exco Penerangan , Komunikasi dan Multimedia , YB Wan Romani Wan Salim berkata , program yang pertama kali ini diadakan di Kampung Adat Melayu Seri Banian , Pendang ini akan terus menaikkan martabat keunikan budaya dan adat masyarakat negeri Kedah .
.
Tambahnya lagi ,  program ini turut membantu dalam merapatkan hubungan antara pelancong dan juga rakyat setempat dengan aktiviti tempatan yang mempunyai keunikannya tersendiri .
.
“Banyak aktiviti yang ada di sini antaranya demonstrasi memasak makanan tradisional, penghasilan tanjak dan sarung senjata.
.
“Saya juga sempat menyaksikan penghasilan wau tradisional Kedah dan persembahan seni silat tradisional Melayu . Tambahan pula , makanan di sini memang sedap dan banyak jenis makanan tradisional yang sukar didapati di luar ada disajikan di sini ,” katanya .
.
YB Romani berkata demikian ketika merasmikan program bagi mewakili Menteri Besar , YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Program Merakyatkan Seni Budaya , semalam.
Katanya lagi, aktiviti sebegini juga dapat meraikan gabungan masyarakat berbilang kaum dan membawa keharmonian tanpa ada yang terpinggir.
.
Sebanyak RM54,600 telah disumbangkan kepada dua persatuan dan satu Institusi Pengajian Tinggi yang dibantu melalui Insentif Seni Kewangan , empat persatuan mendapat Sumbangan Kostum manakala Sumbangan Alat Muzik diberikan kepada kumpulan perantisan di dalam program tersebut .

Antara penerima-penerima sumbangan insentif seni dan kebudayaan

.

Bukan itu sahaja , penghargaan berbentuk wang tunai dan juga sijil turut diberikan kepada Encik Morad Bin Ibrahim , iaitu Tokoh Bangsawan Negeri Kedah yang banyak berjasa dalam pembangunan bangsawan negeri itu .
Pak Morad , Tokoh Bangsawan Negeri Kedah ketika ditemu ramah oleh pihak media
.
“JKKN berharap dengan adanya sumbangan ini dapat membantu para penggiat seni budaya agar terus bersama menyemarakkan seni budaya sungguhpun kita masih dalam situasi pandemik ,” kata Ketua Pengarah JKNN di dalam satu kenyataan .
YBhg Tuan Haji Mesran Mohd Yusop , Ketua Pengarah JKKN
.
Turut hadir , Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) , Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya Malaysia ; Norazman Othman , Exco Kerja Raya merangkap ADUN Sungai Tiang , YB Dato’ Suraya Yaacob ; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ; Mesran Mohd Yusop dan Pegawai Daerah Pendang ; Ilias Shuib .
Persembahan Hadrah Daripada Artis Budaya JKKN Kedah
ShareTweetPin
Previous Post

ASTRO DENGAN BARISAN TUTOR TERKEMUKA BEKERJASAMA UNTUK SIRI AKADEMIK ‘SPM PRO+’

Next Post

BAHANG PROGRAM 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA KIAN TERASA

Next Post

BAHANG PROGRAM 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA KIAN TERASA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist