SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK

TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK

SWA TV by SWA TV
September 6, 2023
in Hiburan, Info@swatv, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
352
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PERAK, 5 Sep ( BERNAMA) Baru-bari ini — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak telah mengadakan Program Temasya Budaya @ Negeri Perak 2023 pada 30 Ogos – 2 September 2023 (Rabu -Sabtu) bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak. Program ini telah mendapat kerjasama Tourism Perak, Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Perak dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak, dirasmikan oleh YB Loh Sze Yee, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak.

Program ini antara lainnya bertujuan mengangkat kepelbagaian seni, budaya, warisan dan pelancongan yang terdapat di negeri Perak dengan kepelbagaian etnik dan kaum. Ia merupakan rangkuman daripada pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kesatuan kebudayaan yang bersifat nyata. Temasya Budaya Negeri Perak secara langsung dapat mendekatkan pelancong tempatan dan antarabangsa melalui pelbagai pengisian seni budaya warisan dan pelancongan.

Program ini telah mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Perak dan menarik minat usahasama badan korporat serta persatuan seni budaya untuk sama-sama menjadikan program ini bertaraf cemerlang. Penganjuran Temasya Budaya Negeri Perak 2023 turut dimeriahkan lagi dengan Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak, International Pior Art & Engine 2023 oleh Persatuan Pelukis Negeri Perak, Sarung Run oleh Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP) dan Bagi Run Club serta Pesta Citarasa Sambal dan Usahawan Perak oleh SWA TV Media yang turut bersama-sama merealisasikan temasya ini sebagai hab kesenian pelbagai kaum yang menarik dan wajib dikunjungi.

Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang empat (4) hari program ialah pertandingan Kejohanan Sepak Raga Ratus, Bola Sepak Pelikat, Battle of the Band, Alunan Irama Nurani, Bintang Irama Malaysia, Peragaan Kanak-kanak dan Mewarna Keluarga. Turut memeriahkan program ialah Pesta Sambal, Pameran Kebudayan Pelbagai Kaum, Demonstari Makanan Tradisional Pelbagai Kaum, Jualan Kraf Tradisional dan jualan makanan minuman.

Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk menarik perhatian pengunjung pada Malam Gala Temasya ialah garapan persembahan mengangkat Rebana Perak yang merupakan seni muzik tradisional di negeri Perak dengan memaparkan kemeriahan suasana tempatan dalam nuansa perarakan pergendangan pelbagai kaum. Hiburan bersama artis terkenal seperti Black, Haziq, Bob Yusof dan ramai lagi turut menarik pengunjung untuk hadir ke temasya ini.

ShareTweetPin
Previous Post

Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records

Next Post

SUZUKI SWIFT SPORT – HOT HATCH SEBENAR TERAKHIR?

Next Post

SUZUKI SWIFT SPORT - HOT HATCH SEBENAR TERAKHIR?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist