SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home AUTOMOTIF

SUZUKI SWIFT SPORT – HOT HATCH SEBENAR TERAKHIR?

SUZUKI SWIFT SPORT - HOT HATCH SEBENAR TERAKHIR?

SWA TV by SWA TV
October 9, 2023
in AUTOMOTIF
Reading Time: 4 mins read
A A
0
1.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka, jenama Suzuki akan kembali mewarnai industri automotif Malaysia sejak mereka keluar secara rasmi lebih lima tahun yang lalu.

Sebagai meraikan semula kehadiran jenama Suzuki, Naza Eastern membawakan model sulung mereka – berupa sebuah hatchback sporti Suzuki Swift Sport.

Dari segi luaran, ia masih lagi mengekalkan rekaan tipikal sebuah Swift, cuma ditambah dengan beberapa elemen seperti gril sarang lebah, kemasan ala-ala gentian karbon (bagi nampak sporti), dan rim bersaiz 16 inci.

Ia juga turut diberikan kemasan hitam pada tiang A, B dan C menampakkan rekaan macam bumbung terapung, serta lampu LED depan dan belakang.

Sporti? Ya, untuk sebuah hatchback, Swift Sport ini sudah tersedia sporti tanpa memerlukan aksesori yang berlebihan.

Sporti di luar, bagaimana pula rekaan kabin?

Bagi penulis, rekaan papan pemuka Swift Sport tidak terlalu keterlaluan, ia menepati konsep ringkas itu lebih baik, namun tetap dengan fungsi-fungsi yang diperlukan.

Skrin infotainmen tengah bersaiz tujuh inci itu bersifat straight-forward, tiada menu-menu tambahan yang adakalanya pening dan sukar untuk digunakan, dan paparannya juga jelas.

Penggunaan selama beberapa hari cukup memuaskan hati walaupun tiada fungsi kata sapaan seperti Hi, Hey, ataupun adakalanya nada itu boleh bertukar menjadi Hoi! disebabkan kesukaran untuk menangkap arahan di dalam bahasa Malaysia yang tercinta ini.

Kelihatan aksen merah pada sesetengah tempat seperti panel pintu, konsol tengah dan bahagian atas papan pemuka cukup untuk menyedarkan anda, ini sebuah kereta yang sporti, ditambah pula dengan paparan meter analog yang kemas serta kehadiran cincin berwarna merah.

Duduk di tempat pemandu dan penumpang hadapan, kerusi balutan fabrik semi-bucket itu boleh dirasakan mampu memegang kemas penumpang ketika proses pemanduan santai dan agresif dilakukan.

Salah satu perkara yang penulis cukup suka pada model Swift Sport ini adalah kehadiran skrin paparan pelbagai info (MID), di mana ia mampu memaparkan bacaan seperti suhu, posisi gear, bacaan penggunaan bahan api, jarak pemanduan tersisa, bacaan daya G, dan juga meter turbo!

Untuk sebuah hatchback yang laju, aspek praktikaliti mungkin bukan keutamaan, apatah lagi bagi penulis yang gemar memandu bersendirian.

Namun, usah risau kerana Swift Sport juga turut didatangkan dengan ruang kargo sebesar 265 liter, atau sehingga 579 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat. Lebih daripada mencukupi untuk pemanduan seharian.

Daripada soal rekaan, kita beralih pula kepada aspek pemanduan. Adakah Swift Sport ini mampu menjadi kereta yang anda harapkan?

Jawapannya, ya!

Pertama: enjin Boosterjet 1.4 liter turbo, nampak saja kecil, tapi mampu menghasilkan kuasa setanding 140 ekor kuda yang menarik roda hadapan, serta daya kilas 230 Nm yang masuk penuh antara julat putaran enjin 2,500-3,500 rpm.

Kedua: faktor badan yang ringan. Bayangkan, Suzuki Swift Sport generasi baharu ini dibangunkan menggunakan platform baharu Heartect, dengan tahap ketegaran casis dan jarak trek telah dipertingkatkan.

Dengan segala macam benda yang dimuatkan, Swift Sport mempunyai berat badan di bawah 1 tan, atau lebih tepat lagi 970 kg (tidak termasuk berat pemandu).

Ketiga: Transmisi automatik enam kelajuan yang cekap dan mengujakan. Ya, penulis agak kecewa pada mulanya apabila hatchback pantas ini tidak didatangkan dengan kotak gear manual.

Tapi memandangkan golongan yang mahukan tiga pedal sudah kian pupus ditelan usia, hanya mampu bersorak berani di media sosial, penulis pendamkan sahaja perasaan itu dan mencuba sendiri pemanduan menggunakan kotak gear kegemaran ramai – automatik.

Dari pemanduan, penulis mendapati tempat sebenar Swift Sport bukanlah di jalan bandar.

Ya, ia masih selesa digunakan di jalan bandar, cuma pengalaman pemanduan tidak begitu mengujakan, dan penukaran gear pula tidaklah dirasakan lancar di dalam keadaan trafik berhenti-bergerak.

Namun bila memasuki laluan lebuh raya, atau jalan yang berliku, disitu karakter sebenar Swift Sport terserlah – kuasa yang disalurkan kepada roda depan tidak putus-putus, malah penulis ada kalanya terlupa bahawa model ini sebenarnya masih lagi menggunakan transmisi automatik.

Respon stereng EPS yang tegap (dan terasa berat) serta talaan suspensi sporti tulen (namun masih selesa itu) sebenarnya merupakan antara perkara yang amat penulis hargai pada sebuah Swift Sport – ia memberikan lebih keyakinan untuk mengendalikan kereta lincah seberat 970 kg ini.

Atas lebuh raya pada kelajuan yang dibenarkan, tiada langsung perasaan kebimbangan atau ketidakstabilan terutama ketika berselisih dengan kenderaan yang lebih besar seperti mana yang penulis dapat rasakan pada pesaing di dalam segmennya itu.

Senang cerita, Swift Sport menawarkan pemanduan mengujakan yang boleh anda harapkan daripada sebuah nama yang sporti.

Pada julat harga bawah RM150,000 untuk sebuah hatchback, penulis sedar Swift Sport ini bukanlah untuk semua orang.

Hanya yang sedar akan potensi dan mahu memandu sebuah kereta yang ‘hidup’ sahaja yang boleh menghargai apa yang ditawarkan oleh Suzuki Swift Sport.

Anda rasa mahal? Sudah terang jelas dan nyata anda bukanlah golongan sasaran kereta ini.

Spesifikasi ringkas Suzuki Swift Sport

Enjin: Boosterjet 1.4 liter turbo
Transmisi: 6-kelajuan automatik
Kuasa: 140 hp
Daya kilas: 230 Nm @ 2,500 hingga 3,500 rpm
Pecutan: 0-100km/j dalam masa 8 saat
Kelajuan maksima: 205km/j
Bacaan penggunaan bahan api 6.1 liter/100 km

 

Sumber : Careta.my

ShareTweetPin
Previous Post

TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK

Next Post

HONDA CIVIC TYPE R FL5 2023 RASMI MENDARAT DI MALAYSIA, 319 PS, 420 NM, DARI RM400K

Next Post
HONDA CIVIC TYPE R FL5 2023 RASMI MENDARAT DI MALAYSIA, 319 PS, 420 NM, DARI RM400K

HONDA CIVIC TYPE R FL5 2023 RASMI MENDARAT DI MALAYSIA, 319 PS, 420 NM, DARI RM400K

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist