SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home AUTOMOTIF

Misi Bantuan Banjir Konsortium IRAMA Bersama Pengiatseni dan Ngo2 dan Syarikat Rakaman juga Pelancaran New Single Amiresa (Amir Pearl) dan Majlis MouAntara Ziela Jalil dan Liza Abdullah Dengan Loonaq Record

Misi Bantuan Banjir Konsortium IRAMA Bersama Pengiatseni dan Ngo2 dan Syarikat Rakaman juga Pelancaran New Single Amiresa (Amir Pearl) dan Majlis MouAntara Ziela Jalil dan Liza Abdullah Dengan Loonaq Record

SWA TV by SWA TV
December 11, 2024
in AUTOMOTIF, SWA TVI
Reading Time: 2 mins read
A A
0
166
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sungai Buloh 10 Disember 2024: Banyak pihak tersentuh hati dengan musibah banjir yang melanda beberapa negeri di negara kita sepanjang bulan ini.

Kemusnahan yang berlaku pula bukan calang-calang kerana ada mangsa yang kehilangan semua harta benda apabila rumah roboh dan hilang dihanyutkan arus deras.

Mereka yang berternak dan berkebun pula terpaksa berputih mata apabila
haiwan ternakan dihanyutkan banjir dan tanaman musnah mengakibatkan kerugian yang besar.

Inilah ujian besar yang diturunkan oleh Allah SWT dan setiap dari kita perlu reda menerimanya.

Terpanggil serta bersimpati dengan apa yang berlaku, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)
dengan Kerjasama Persatuan Reformis Ulung, Persatuan Megah Muafakat dan Stesen Radio Bapakku Fm serta syarikat rakaman mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir bagi membantu mangsa-mangsa.

Presidennya, Ayob Abdul Majid berkata, mereka kini sedang menguruskan Pusat Pengumpulan Barang-Barang untuk membantu mangsa banjir terkini.

“Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dengan menyediakan keperluan harian yang amat diperlukan.

“Masyarakat sekitar Kuala Lumpur khususnya serta rakyat Malaysia amnya diberi peluang untuk menyumbangkan barangan keperluan dan membantu meringankan
beban mangsa banjir

“Beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk tujuan ini iaitu Kafe Narateawhat Sungai Buloh, Bukit Indah Ampang, Shah Alam dan juga Bangi serta di Pejabat Radio Bapakku Fm Gombak,” katanya.

Menurutnya Misi Bantuan Banjir mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak merangkumi pelbagai bentuk dan cara antaranya:-

1. Makanan
2. Peralatan pembersihan rumah
3. Water jet
4. Peralatan kebersihan diri
5. Kain batik, kain pelikat, telekung
6. Pakaian dalam, tuala wanita
7. Selimut, toto, tikar
8. Air mineral
9. Lampin pakai buang

“Jika anda diluar sana ingin membantu,
bolehlah menghubungi nombor 019 3682548 atau WhatsApp 014 812 9763,” katanya.

Barisan artis yang menyatakan persetujuan untuk terbabit dalam misi mulia ini ialah Datuk Nash.

“Saya rasa sangat sedih dan terpanggil untuk membantu apabila lihat paparan-paparan video kesukaran, kesusahan dan penderitaan mangsa banjir menerusi pelbagai medium.

“Ada yang sudah berusaha pelbagai cara untuk mengelakkan menjadi mangsa antaranya meninggikan tapak rumah dan memastikan haiwan dalam keadaan selamat tapi kehendak Allah tidak boleh dilawan.

“Jadi saya menyeru kepada semua penggiat seni agar bersatu hati membantu mereka yang terkesan. Inilah tanda solidariti golongan artis kepada masyarakat. InsyaAllah kebaikan kita akan mendapat ganjaran Allah nanti,” katanya.

ShareTweetPin
Previous Post

PENGIKTIRAFAN BUDAYA SARAPAN DI MALAYSIA BAWAH KATEGORI REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY

Next Post

karyawan melangkah satu lagi dengan menubuhkan KARYAWAN MUDA

Next Post

karyawan melangkah satu lagi dengan menubuhkan KARYAWAN MUDA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist